Tika Bidadari BERBISIK (Full Review)
Assalamualaikum dan halo. Semalam saya baru saja habiskan sebuah buku ni. Ambil masa berbulanlah juga sebab buku ni adalah buku motivasi. Jadi saya lebih suka baca perlahan-lahan. Satu hari mungkin satu topik sahaja. Berjimat cermat amalan mulia. kaitan. Bagi aku, buku motivasi macam ni juga sesuai dibaca pada waktu pagi. Barulah lebih bermotivasi untuk menjadikan hari itu hari yang terbaik. kan? Hmm,tapi berbeza pula kalau buku novel 'cerita'. Aku akan cuba habiskan secepat mungkin sebab takut terlupa jalan ceritanya . HAHA. Jadi, buku yang dimaksudkan itu..ialah..yes, korang dah tahu tajuknya pun . "Tika Bidadari Berbisik"
Yang bestnya buku ni merupakan 100% karya tempatan. Dikarya oleh dua orang wanita pula tu. Ini membuatkan penulisan buku ni lebih senang dihadam dan difahami oleh para wanita.
Usah menjadi Khadijah andai tidak sesempurnanya.
Usah menjadi Rabiatul Adawiyah andai tidak setia dalam sengsara.
Usah menjadi sekuat SARAH andai tidak seteguh dirinya.
Usah menjadi Zulaikha andai kasih tidak setulus hatinya.
Jadilah...dirimu sendiri kerana engkaulah wanita terhebat ciptaan ILAHI!
Gaya penulisannya juga amat comel. Pengunaan ayat seperti "wahai bidadari dunia" atau "wahai si manis ciptaan ALLAH" kadang-kadang membuatkan aku perasaan comel dan tersenyum sorang-sorang.HAHA.No..aku tak gile..Alah, orang perempuan memang suka perasaan kan? hihi.Jadi buku ni memang sesuai sangat untuk orang perempuan.
TIKA BIDADARI BERBISIK, sebuah naskhah yang dipersembahkan sebagai pengukuh keyakinan agar hati tidak mati. Juga buat mereka yang sedang berusaha mempertahankan jati diri sebagai seorang bidadari dunia. Teruskanlah hidup bernafaskan kalimah syahadah walau badai menghempas diri. Sememangnya bukan mudah namun akal yang diberi haruslah bijak dikemudi..
Okay boleh baca setakat tu je kot. Post ni sangat sangat lah panjang sebab aku nak buat Full review aka mengeluarkan segala isi buku tu dalam 1 post. LOLS.hyperbola sat. Tapi kalau anda insan hebat yang rajin membaca bolehlah teruskan pembacaan anda. Tak rugi pun sebenarnya :D
Just nak semadikan segala ayat yang aku dah highlightkan dalam buku tu di dalam blog ni. Enjoy~ ambil lah yang jernih . ambil juga yang keruh untuk dijadikan pengajaran :
..dan wanita solehah itu adalah kita :D Amin YaRabb~
![]() |
| mentari pagi yang mendamaikan :) nampak tak highlighter tu? ngee~ aku suka highlight isi penting xD atau apa-apa yang related to me. |
Yang bestnya buku ni merupakan 100% karya tempatan. Dikarya oleh dua orang wanita pula tu. Ini membuatkan penulisan buku ni lebih senang dihadam dan difahami oleh para wanita.
Usah menjadi Khadijah andai tidak sesempurnanya.
Usah menjadi Rabiatul Adawiyah andai tidak setia dalam sengsara.
Usah menjadi sekuat SARAH andai tidak seteguh dirinya.
Usah menjadi Zulaikha andai kasih tidak setulus hatinya.
Jadilah...dirimu sendiri kerana engkaulah wanita terhebat ciptaan ILAHI!
Gaya penulisannya juga amat comel. Pengunaan ayat seperti "wahai bidadari dunia" atau "wahai si manis ciptaan ALLAH" kadang-kadang membuatkan aku perasaan comel dan tersenyum sorang-sorang.HAHA.No..aku tak gile..Alah, orang perempuan memang suka perasaan kan? hihi.Jadi buku ni memang sesuai sangat untuk orang perempuan.
TIKA BIDADARI BERBISIK, sebuah naskhah yang dipersembahkan sebagai pengukuh keyakinan agar hati tidak mati. Juga buat mereka yang sedang berusaha mempertahankan jati diri sebagai seorang bidadari dunia. Teruskanlah hidup bernafaskan kalimah syahadah walau badai menghempas diri. Sememangnya bukan mudah namun akal yang diberi haruslah bijak dikemudi..
Okay boleh baca setakat tu je kot. Post ni sangat sangat lah panjang sebab aku nak buat Full review aka mengeluarkan segala isi buku tu dalam 1 post. LOLS.hyperbola sat. Tapi kalau anda insan hebat yang rajin membaca bolehlah teruskan pembacaan anda. Tak rugi pun sebenarnya :D
Just nak semadikan segala ayat yang aku dah highlightkan dalam buku tu di dalam blog ni. Enjoy~ ambil lah yang jernih . ambil juga yang keruh untuk dijadikan pengajaran :
- laksanakanlah dengan hati dan perasaan diiringi zikrullah sepanjang proses menyediakan masakan sehinggalah ke peringkat menghidang.
- ujian di dunia ini hanya untuk menentukan siapakah kita di akhirat nanti.
- "Orang yang cinta kepada ALLAH itu hilang dalam melihat ALLAH hingga kesedaran kepada yang lain lenyap daripadanya dan dia tidak boleh membezakan mana sakit dan mana senang"
- Fatimah terlalu mencintai Ahmad sehingga mengatasi cintanya kepada ALLAH. Itulah yang menyebabkan dia jatuh tersungkur dan ansyik menyesali perbuatan suami yang menduakannya. Fatimah lupa yang suami itu bukan miliknya yang kekal. Suami itu hanya pinjaman. Sementara pula itu. Bila-bila masa sahaja milik itu boleh diambil oleh tuan empunya.
- Bangunlah wahai semua wanita yang sedang kecewa kerana ada lagi insan yang lebih tinggi rasa kecewanya.
- Apa saja pembabitan wanita Islam, sama ada luar atau dalam rumah , hendaklah dilihat dalam konteks untuk melaksanakan tugas dakwah islamiah.
- Dari perspektif Islam, wanita Islam seharusnya menjadikan tempat pekerjaannya sebagai medan melaksanakan dakwah .
- Pilihlah kerjaya yang disenangi dan menepati minat. (utk memupuk keikhlasan dengan mudah dan bebas stress)
- Kita sebenarnya telah menutup semua pintu zina apabila memilih untuk tidak berkawan dengan lelaki lain. Itulah kemuliaan seorang isteri solehah.
- Segala mehnah daripada-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Insya-ALLAH.
- Masa yang tinggal hendaklah digunakan sebaik mungkin untuk mengejar sesuatu yang hak dan kekal. Apapun jua, segala takdir itu adalah di atas kehendak ALLAH S.W.T. Sifat redha dan tawakal adalah perkara terbaik yang kita boleh lakukan di sepanjang kehidupan.
- Atau adakah lelaki itu atau diri kita sendiri boleh memberi jaminan bahawa apabila berpoligami kita tidak akan menangis dan air mata akan berhenti jatuh ke bumi?
- Hadapi hidup ini dengan berani dan berusahalah untuk tidak menyakiti hati sesiapa pun supaya apabila telah sampai masa bertemu dengan pemilik nyawa, kita bertemu dengan wajah yang tenang dan gembira. Juga diiringi damai dan ketenangan.
- Suami yang ingin mengaplikasikan sunah berpoligami seharusnya juga mencari ciri-ciri isteri seperti para isteri RasulALLAH s.a.w dan memahami bagaimana baginda mengemudi rumah tangga bahagianya itu.
- Cemburunya Aisyah kerana RasulAllah s.a.w tidak pernah lekang menyebut jasa dan setiap pengorbanan yang disumbangkan oleh Khadijah untuk perjuangan Islam.
- Isteri dan ibu itu umpama sekolah. Cemerlang sekolah, cemerlanglah pelajarnya.Kusut ibu, berteraburlah anak-anak.
- TIPS POLIGAMI untuk wanita : Jika terlalu sedih dan sakit, kita berbisiklah kepada ALLAH:
" Ya Allah, kukorbankan perasaan ku terhadap suamiku keranaMu, kerana mengharap redhaMu, kerana mengharap syurgaMu.Mungkin pengorbananku tidak setanding dengan pengorbanan RasulAllah, para isteri baginda,ahli keluarga baginda dan para sahabat, namun , Ya Allah aku ini seorang wanita biasa, seorang isteri yang dikurniakan rasa kasih sayang yang mendalam terhadap suamiku, yang diciptakan olehMu rasa cemburu dan rindu. Ya ALLAH terimalah pengorbanan perasaanku ini. Terimalah tanpa dihisab Ya Allah. Perasaanku ini hanya Dikau yang Maha Memahami. "
- Bagi yang berprasangka baik. Sesungguhnya kepedihan yang selalu mendera pada saatnya nanti pasti akan pergi.
- Sehebat mana pun perancangan hendaklah difahami bahawa kita masih tertakluk di bawah keizinan ALLAH.
- Ya..kita memang tidak akan tahu berapa lama nyawa kita dipinjamkan atau anda mungkin tidak tahu berapa banyak perbelanjaan yang diperlukan? Nasihat saya, simpanlah sebanyak mungkin duit dengan andaian, mungkin ALLAH s.w.t memberi ujian berbentuk penyakit.
- Adakalanya, insan yang begitu dicintai dan mencintai anda mungkin di hujung cerita kehidupan mereka mampu melukakan. Berpada-padalah mencintai dan simpanlah sedikit perasaan untuk diri sendiri supaya tidak jatuh tenggelam jika dilukai.
- Jagalah kesihatan demi anak-anak , kerana mereka sangat memerlukan anda dalam tumbesaran mereka.
- Kawan yang baik adalah mereka yang menegur kesilapan dan menenangkan andai terserlah kebenaran.
- Kadangkala Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana hilangnya sinar? Rupa-rupanya ALLAH hendak menghadiahkan kita pelangi :)
- Apabila kita mahu menangis,keluarlah tangisan itu sepuas-puasnya untuk satu jangka masa yang telah ditetapkan.Mengapa harus menafikan hak untuk menitiskan air mata?
- Menitiskan air mata dalam doa itu adalah lebih indah nikmatnya, kerana kita berkongsi rasa dengan ALLAH S.W.T
- Buku yang dibaca itu melambangkan siapa diri kita.
- Memandang ke hadapan dan terus berjalan adalah lebih baik daripada berhenti berjalan dan menoleh kembali.
- Kita hanya manusia biasa dan selalu memikirkan sesuatu yang belum berlaku. Sekiranya sukar untuk menghindari perasaan itu, catatkan kerisauan tersebut dalam sebuah buku, diari atau blog. Setelah itu panjangkan idea itu dengan memikirkan cara mengatasinya.Kemudian tutuplah buku tersebut dan ringankan kepala dengan berhenti mengenangkan kerisauan.
- Ketawalah kepada sesuatu yang tidak akan melukai diri atau orang lain kerana itu adalah permulaan kebahagiaan.
- Walaupun sesuatu perkara itu tidak berpihak kepada kita, carilah cara bagaimana untuk menemui nilai-nilai positif di dalamnya.
- Persiapkanlah diri dengan kemungkinan terburuk;Sediakan hati untuk menempuhinya dengan kental.
- Percayalah..bahawa setiap yang berlaku itu merupakan tanda bahawa ALLAH S.W.T sangat menyayangi kita :)
- Selalu mensyukuri nikmat yang diberi tidak akan membuatkan kita miskin hati.
- Harta dunia tidak akan dibawa bersama di dalam kubur, sebaliknya amalan kebaikanlah yang akan menjadi harta yang 'dibelanja'.
- Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk melalui iman dan ibadah yang berterusan yakni istiqamah.
- 'Hijab' yang sempurna akan membuatkan kita dihormati oleh lelaki yang gemar mengganggu wanita.
- Jadikanlah kisah silam sebagai pengajaran yang bermakna. Sematkanlah di dalam hati supaya dirimu tidak akan sesekali mengulanginya lagi.
- Bersolat dan bersujudlah sepenuh hati kerana di situlah punca kedamaian dan kebahagiaan.Bersedialah untuk mengejar cantiknya ufuk fajar sebelum ia terbenam dan tidak muncul kembali.
- Janganlah hanya kenikmatan sekejap yang dikecapi di dunia ini merosakkan kebahagiaan yang hakiki di akhirat nanti.
- Biarkan waktu yang menghakimi. Yakinlah di sebalik semua cubaan, tersimpan rahsia TUHAN yang tak terungkapkan.
- Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa RasulAllah.Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata, "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."Mendengar ucapan RasulAllah itu, Jibril a.s memalingkan mukanya.Lalu RasulAllah s.a.w bertanya, " Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?" Jibril menjawab, "Wahai Kekasih ALLAH, siapakah sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?" Sebentar kemudian terdengar RasulAllah s.a.w merintih kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya ALLAH, dasyat sungguh maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." -mukakubanjir-
- Andai diberi pilihan himpunan bidadari syurga dengan seorang wanita sederhana paras tetapi cantik imannya, akan kupilih wanita sederhana itu.
- Memang benar akan ramai yang mengejek, " Tak guna menangis, air mata takkan menyelesaikan masalah!" Tetapi sedarkah bahawa setiap titis air mata itu adalah zarah-zarah derita yang keluar dari hati. Semakin banyak titis air mata menandakan hati yang sedang berkelana semakin sembuh.
- Bidadari syurga tidak seperti kita yang sering diuji dengan air mata,dipalu dengan kedukaan, diherdik dengan penderitaan dan diduga dengan perpisahan.Wanita solehah dicipta untuk diuji kekentalannya berhak meniti tangga syurga kerana nilai dirinya benar-benar diperakui oleh ALLAH s.w.t.Bidadari syurga pun akan malu-malu melirik kepada wanita solehah kerana tingginya darjat yang dikurniakan ALLAH S.W.T kepada mereka.
..dan wanita solehah itu adalah kita :D Amin YaRabb~











Comments