Srewsna-2
Assalamualaikum and halo~ C:
![]() |
| gambar hiasan :) |
sekarang sarah nak jawab soalan-soalan dari cik Hana pula :)
1.JIKA DIBERI PELUANG UNTUK BELAJAR KORANG NAK SAMBUNG KAT MANA?
kat mana-mana pun boleh asalkan boleh ambil medic. bidang yang ku cintai :D
2.SELAIN DARI ALLAH,NABI,KELUARGA SIAPA YANG BERTAKHTA DIHATI KORANG?
kawan-kawan lah :D
3.JIKA DIBERI WANG SEJUTA KORANG AKAN BUAT APA?
Digunakan kearah kebaikan, insyaALLAH..
4.KALAU MENANGIS KORANG AKAN BUAT APA?
teruskan menangis sampai terubat luka dihati. then pujuk diri sendiri dengan kata-kata positif. Pastu tidur dengan nyenyak :)
5.MATAPELAJARAN APA YANG KORANG NAK SANGAT DIA TAK WUJUD?
Sorry kalau ada orang terasa eh..
MATHEMATICS KOT!! dan apa2 yang ada 'number' (read : add math).. HAHA!!
walaupun saya dapat A+ dalam math(bersama berjuta2 rakan yang lain) tapi tu x bermakna saya suka :P
tapi saya amat mengagumi kawan2 yang cinta akan Math..korang hebat :D
6.BANYAK-BANYAK NEGARA,NEGARA APA YANG KORANG TAKNAK PERGI?
USA maybe.. sebab ramai anti-islam kat situ. Bahaya .. ramai juga orang racist kat situ. Anti-Asian pun banyak -.- tapi ini mungkin di certain kawasan kat USA je kut.
7.SIAPA YANG LAYAK TEGUR KORANG?
semua orang layak.. saya insan lemah. Manusia yang selalu alpa..amat bersyukur kalau ada orang sudi jujur dan tegur saya depan-depan. sayang kalian ketat2 :)
8.JIKA SOLAT KORANG TERGANGGU KORANG AKAN BUAT APA?
Muhasabah diri. kenapa tak khusuk nie?? banyak dosa kut T_T *sobs2
9.LELAKI MACAM MANA KORANG NAK/SUKA?
lelaki macam dia.
10.SEBAB KORANG SUKA HIAS BLOG?
supaya kelihatan kemas dan sedap mata memandang .
11.LAGU APA YANG KORANG PALING TAK SUKA?
lagu screamo yang macam orang kena rasuk tu .. scary mary :O
Okay, daaaa habis jawab ~
hope you like my respon :)
salam~

Comments