Game Eleven Things

Assalamualaikum and good morning ^_^ 
Harini sarah check tagboard, 
tengok tengok kena tag dengan 3 orang bloggers.
3 orang tu semua tag untuk game yang sama, 
jadi sarah jawab untuk JES punya dulu eh..
Sebab dia tag kite dulu. Hihihi~
thanks to Syabira and Hana sebab sudi tag kite jugak ^_^

sebelum tu ..


1. Post this rules
2. Write 11 things about yourself
3. Answer the question the tagger set for you
4. Create 11 questions for those who you want to tag.
5. Chose 11 blogger and link the post this link to them.
6. You are not allowed to tag back.



11 things about me 

1.Suka senyum sorang-sorang sebab teringat peristiwa lucu.*jangan salah faham ea* okay, banyak kali dah kantoi :|

2. Tak berapa minat durian. Tapi boleh la telan seketui demi menjaga hati orang~

3. Suka baca majalah ANIS. Setiap bulan akan beli~ Jom baca ANIS! pedoman wanita solehah dan keluarga sakinah *motoDAEBAK* :D

4. Suka makan cokolat TOFIFIE,TOBLERON & CRUNCHIE . sedap sangat. :3

5. Suka buat lawak tapi kadang-kadang ia hambar :| tapi aku sayang sangat kat orang yang gelak walaupun hambar xD

6. Hanya akan bercerita dengan semangat(beserta gaya dan ekspresi muka lol) apabila selesa dengan seseorang. Kalau tak selesa, aku lebih suka jadi pendengar dan disitu aku akan kelihatan seperti pendiam :)

7. Suka gelak sambil tutup mulut . Gelak ayu ayu gitu~ Tapi kalau lawak tu overdose sangat, kadang2 tak sempat nak tutup mulut :O

8. Suka menyanyi pastu suruh adik-adik jadi judges . Sila rate dan beri komen :D *ini kalau kes bohsan*

9. Suka baca surah Al-Waqiah. InsyaAllah setiap hari aku akan baca~ Maknanya yang menusuk kalbu dan manfaatnya yang banyak. Ustaz aku kata,, kita tak akan fakir kalau baca surah ni. Alhamdullilah, semenjak menjadi amalan..rezeki datang tanpa diduga :D

10. Orang suka kata muka saya macam adik dia, sepupu dia, macam yoona, macam agnes monica , macam orang tu la..orang ni laa. sekarang saya pun dah tak tahu muka diri sendiri macam siapa -_- *bajet international face*


11. Ada cyberfriend dari Rome (Cristina) , dari Poland (Julita) , dari HK (Alexis) , dari Germany ( Kristy) , dari Ireland (Helen) yang x pernah jumpa lagi in real life tapi rapatlah juga sebab salu msg panjang2 macam karangan..haha C:

okay, sekarang ni nak jawab soalan yang Jes tanya pula
(huhu, macam kena interview daa ..)


1. Korang suka subjek apa dekat sekolah dulu or sekarang?

Biology best :D 


2. Impian korang yang ingin korang gapai?

Sarah nak jadi seorang pakar sakit puan muslimah, muslihah wa solehah untuk islam tercinta. Anak solehah untuk ummi & papa. Kakak mithali untuk adik-adik. Kawan sejati untuk sahabat2 ku. Yang paling penting,sarah nak jadi hamba Allah yang amat dikasihiNya & RasulAllah..Amin~ :D


3. Korang teringin benda apa dalam dunia ni?

Sarah teringin sangat nak pergi buat haji dan umrah. Ya Allah, murahkanlah rezeki aku :') Oh dan sarah juga sebenarnya nak bela kucing gebu comel lotte sejak azali lagi. Malangnya ummi & papa tak bagi :'( *sadlife*


4. Lagu yang korang paling suka?

AVRIL LAVIGNE!! hua hua hua~ Oh dan buat masa ni sarah tengah shuka lagu ni..*lagu lama senarnye*


5. Bayang anda seorang gadis yang dikejar oleh dua orang lelaki apa yang akan anda buat?

Dua je? Haha bajet!! kena kejar? lari laaa..sonok main kejar2 :P taklah , macam ni.. Tanya dua-dua lelaki tu sebab apa dia kejar kita? untuk buat makwe baik takyah -_- kalau kes nak buat isteri, mestilah pilih yang lebih thiqah dan soleh :D kita diberi aqal untuk digunakan sebaiknya .. dan hati untuk 'merasa'~ 

6. Korang suka baca novel? Penerbit kegemaran? Penulis kegemaran? Atau novel kegemaran?

Yeah~ mestilah suka . Hilal Asyraf, Fatimah Syarha , Dr. Farhan Hadi,Salim A.Fillah, Yasmin Mogahed, Sophie Kinsella , Nicholas Sparks , Jodi Picoult , Mitch Albom , Judith Mcnaught , J.K Rowling and dulu sarah suka baca Ain Maisarah jugak :D

7. Tujuan korang buat blog?

sebenarnya sarah suka tulis diary. itulah mula-mula berblogging pun masa zaman purba dulu masih tak matang..yang sarah tahu, blog ni hanya tempat untuk meluahkan perasaan aje. Tapi rupa-rupanya berblogging ni juga boleh berkongsi kisah , berkongsi maklumat , bertukar pendapat, menambah kenalan , buat duit pun boleh , berdakwah dan macam-macam lagi :D oh dan kadang-kadang blog ni juga boleh jadi cara untuk kita berkomunikasi dari hati ke hati. sebab benda yang tak terluah di alam realiti kadang-kadang boleh diluahkan melalui penulisan :)


8. Pernah masuk wad sebab penyakit apa-apa tak?

Pernah kot. sebab demam apentah lupa -_- sarah memang jarang sakit. Tapi kalau sekali sakit, DUSH TEBABOM .. memang dasyat la kena. Solat duduk terus :O *sebab kepala sakit kalau nak sujud*

9. Mesti pernah mimpikan? Describe kan salah satu mimpi yang korang ingat atau menarik?

'Pernah'? ahaks. setiap malam kot =.= sila rujuk entry ni :P

10. Moto hidup korang?

If you don't live for Allah, you'll die for nothing. Whatever happens, it's because HE loves you. Life is a race and the aim is mardhotillah :)

11. Antara Perancis dan Jerman mana yang lebih korang prefer?

Perancis kot. sebab dah pernah pergi :D


Fuhh. Habis daa jawab soalan-soalan dr cik Jes~
nih soalan dr sarah untuk korang plak :
(ekceli, aku taktau nak tanya apa xD)

1. Lahir kat mana?
2. Cita-cita kalian?
3. Hobi dimasa lapang?
4. Rabun tak. Power berapa?
5.Suka baca majalah apa?
6. Makanan kegemaran korang? 
7. 'Politik'. Apa pandangan korang? 
8. Minat bersukan tak? sukan apa yang paling best?
9. Pernah putus cinta tak?
10.Suka 'belajar' tak? kenapa?
11.Kenapa berblogging?

Okay, for the mangsa(s)..muehehe *evil laugh*


Goodluck ! tatatititutu :3

Comments

eizz said…
Ada la chatbox kat bawah. hehe. thanks tag. Nanti sy jawab. Bagi masa sikit. Malam ni mungkin. hehe
vanillasnow said…
Hehe sorry tak perasaan. Oh okay :')
eizz said…
Hai, sy dah jawab soalan awk tu, jom baca

http://aeinafq.blogspot.com/2013/05/game-again-and-again_26.html
vanillasnow said…
Hai2..wah~ thanks sudi menjawab. Terharu :,)