Industri Musikku.

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah

Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah ..

Lalalala...sedap jugak lagu Raihan ni :)

Assalamualaikum and Halo ku ucapkan kepada semua. Harapnya kalian berada dalam limpahan rahmat dan kasih sayangNya selalu. Harini sarah nak bercelot eh tentang industri musik yang telah sarah ceburi sejak azali lagi. Ecewah poyo je.Haha..tak la.Sebenarnya sarah memang dah lama suka menyanyi. Hobi dimasa lapang la nie kira :D masa tak lapang pun suke nyanyi jugak. Kalau boleh setiap hari ansyik nak berlagu je. Tulah sarah sedih sangat kalau batuk atau sakit tekak :'( siksa rasanya. Suara pun jadi rock semacam je :P


Okay, sebenarnya sarah saja je nak abadikan benda ni dalam blog .sajaa nak buat kenangan dalam my online diary nih :D 

Antara lagu-lagu yang memberi seribu makna dan kenangan dalam hidupku (setakat yang sarah ingat jelaa) :
  
1. Simple Plan - Perfect
lagu ni adalah lagu English yang pertama sarah suke. minat..ceh ingat lagi en.. masa tu kecil lagi dan taraf pemahaman sarah terhadap english pun masih kurengs yang teramat. So, takdelah menghayati sangat lagu ni. Just suka rentak dia je kut. kot la~ haha

2. Lagu Sri Hira' 

Putera Puteri SRI Hira'
Bertekad dan berazam
Mengabdikan diri kepada Allah
Mengikut contoh Nabi Muhammad
Agar menjadi insan yang kamil
Ilmu Diamal Iman Ditingkat........

Ni lagu sekolah rendah sarah . Lagu yang memberi seribu satu makna buat diriku tanpa disedari. Dulu main nyanyi je semangat2. semangat membara2 nak jadi insan solehah bila nyanyi lagu ni. Sekarang ni..dua orang adik sarah masih bersekolah rendah di Hira' juga. Bila diorang nyanyi lagu ni..terasa rindu pula zaman kanak2 dulu. Zaman dimana aku masih suci dari segala noda. Zaman aku mula-mula dididik untuk mengenal pencipta :D

3. Far East - Nur Syahadah


 *sedap acapellaz diorang :D*
Ni lagu Audition untuk tubuhkan kumpulan nasyid masa sarah sekolah rendah dulu. Mana boleh lupa..sebab lagu ni sarah suka practise depan cermin dalam bilik sengsorang. Dah la dapat part jerit..lagilah kena 'feeling' en time practise tu XD 

part sarah :
Sejernih embun PAGI ( tapi dulu salu TERnyanyi 'PADI'..haha)
Sebersih dirimu
Tanpa dicemari walaupun sebutir debu
Kekallah oh dirimu di dalam rahmat-Nya
Iringan doaku moga kau bahagia

Bridge
Akan ku bimbingmu
Sekadar yang ku termampu
Menyemai iman dan menuai takwa
Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta
Cukuplah sekadar teman yang biasa ( ngahhhhh part jerit yang killer )


4. Raihan - Doa Taubat




Pergh lagu ni kalau dihayati sorang-sorang boleh menangis teresak-esak T_T tapi sarah nyanyi lagu ni untuk pertandingan masa bulan ramadhan tahun 2005 tak silap.Masa tu baru 10 tahun.Solo pulak tu.Memang mula-mula tu ketar la juga.Masakan tidak..nyanyi depan satu sekolah kot. Muallim2 pulak yang jadi juri. Banin bertimbon2 depan mata..banat jauh dibelakang sana >.< Tapi bila dah start nyanyi dunia ni seolah2 aku sorang yang punya. Ehehh!! :P Kawan2 kumpulan nasyid kat belakang tolong buat gaya. Gaya seorang pentaubat.


5. Raihan - Satu Pagi Di Hari Raya
Setelah lagu sedih sedih..maka seterusnya lagu hari raya pulak. Nadiah Mahfudz punya solo masa nih. Sarah berundur kebelakang dan join kawan2 lain buat gaya. Gaya untuk lagu ni agak lincah sikit laa.. yelah..raya mestilah sonok! :D muallim tergelak2 je tengok aksi comel kami .. cehwah sempat pulak aku usha juri XD

6.Lagu sekolah SMI Hira'

Di tengah-tengah suasana kelam
Di sebalik gelapnya malam
Kami bangkit membawa sinaran
Untuk generasi masa hadapan
 

lagu sekolah menengah Hira' yang sangat indah bait-baitnya.*speechless* Kalau dihayati betul-betul mungkin juga boleh membuatkan hati seseorang bergetar. Bila dengar je..Rasa macam menjadi orang 'harapan'.Rasa macam duk dalam syurga pun ada..hmm..berangan terlebih dah aku -.- last sekali nyanyi masa Reunion batch 18 haritu :')

7.Celine Dion - My Heart Will Go On
taw~ lagu ni memang jiwang karat. Tapi jangan risau sebab sarah dan SFNF(my geng) dah ubah lirik ni jadi lagu untuk persahabatan :) dulu selalu lah juga nyanyi sama-sama pastu record buat kenangan .. tapi entahlah pergi mana dah recorded audio nya..hilang daaa :(

8.Kelly Clarkson - Breakaway 

 
Lagu ni sebenarnya ditulis oleh Avril Lavigne taw. Pastu Avril pun sedekah kan la kat Kelly Clarkson..uh, baiknya sedeqah plak tu XP tapi versi Avril nyanyi takde ..huhu~ Lagu ni juga adalah salah satu lagu friendship SFNF . tak ubah lirik pun .. just suka nyanyi sama-sama dan masing2 ada part masing2 :D

part sarah : Grew up in a small town
And when the rain would fall down
I'd just stare out my window
Dreaming of what could be
And if I'd end up happy
I would pray (I would pray) 


yeah. part first :)


9.Clique Girlz - Then I Woke Up 


Ni juga salah satu lagu yang SFNF suka nyanyi lagi-lagi masa sleepover kat rumah Fatin. Hahaha teringat pula Maryam tolong jadi camera man pasal ktorang nak buat music video untuk lagu ni.Rumah Fatin best siap ada microfon lagi. Piano. Drum..huh semua lengkap la~~ Best gile sleepover zaman remaja dulu. Fun.. banyak game ktorang main. Baking sesama lagi..aduh T_T rindu pula.

part sarah : I get into the car
I Turn the radio up real far
To shut out the noise
So I can hear my voice

There's a party on down the street
But nobody invited me and I got a gig
Babysitting my uncle's kids
Why me, I just wanna see


yeah. part first juga :)

10. Clique Girlz - You Think
lagu ni sarah suka nyanyi ngan Fatin. Dia petik gitar, sarah tolong nyanyi je mampu XD

11. Clique Girlz - Never Gonna Fly 


 Haha ini lagi satu lagu ktorang buat music video. Alah masa tu baru je form one. Faham faham la betapa childishnya kami en..last2 jadi kenangan terindah juga :)

part sarah : Blacker Than A Rose
Gentle As A Kick
Nothing Where You Go
I'm Everything You Never Gonna Need
But If You Need To Know
It's Bitter And it's Sweet
I Didn't Mean To Hurt You
Or Disappoint You
Can't Tell If I Tried To Warn You
But Your Not Giving In Are You


Yeah. part first lagi -_-

12. Mirwana - Permataku


Lagu ni sarah bersama kumpulan nasyid LEMON nyanyi sesama masa form 2 dulu. Ktorang suka practise kat pelbagai tempat. Kadang2 tu ada je orang awam datang berhenti untuk menikmati persembahan jalanan kami *tbeh. haha! orang awam la sangat -_- kawan2 je pun.

part sarah : Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...


yeah. part first juga ~

13. Tashiru - Kembali


LEMON'S Memories juga :')
sarah dapat part first lagii dan lagi =.='
 
14.Hijaz - Belaian Ibu




samalah lagu ni kami, LEMON nyanyi untuk pertandingan Nasyid SMIH Jeram 2009. Ingat lagi tips-tips yang diberi sebelum start persembahan, eye-contact dengan penonton itu penting. Lagi-lagi dengan juri..senyuman juga sgt penting :)

part sarah : Di wajahmu terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan..


finally, dah tak part first :D 


15.Tarzan - You'll Be In My Heart


lagu ni LEMON olah liriknya jadi pasal ibu tak silap. Sebab haritu temanya hari ibu kot..entahlah sarah pun dah lupe dah -_-

16. Avril Lavigne - Who Knows

 
Hurm lagu ni pula sarah yang suggestkan untuk kawan2. Part chorus je pun sebenarnya XD Tapi tu pon setelah sarah edit liriknya bagi nampak islamic sikit . Persembahan ni ikut kelas , masa tu sarah form 3. Alhamdullilah ktorang dapat TOP 3 . top 3 boleh persembahkan untuk hari karnival pula :D

Who knows what could happen.
Do what you do, just keep on laughing PRAYING
(tukar satu perkataan je..lol)

One thing's true, there's always a brand new day
I'm gonna live today like it's my last day ~ 


17. Barbie As Rapunzel - Constant As The Stars Above
Ni pun sama la juga macam tadi. Sarah yang suggest tapi setelah diedit jadi lagu persahabatan la :D but macam biasa, ambil chorus je :P ramai kata lagu ni sedap. macam pernah dengar je..haha memang la siapa tengok cerita barbie tahu la~~

18. Avril Lavigne - Things I'll Never Say

 
Lagu ni sarah ambil chorus dia dan ubah lirik supaya jadi lagu pasal 'bendahari' . HAHA. pelik ke? memang. alah..sebab masa tuh sarah jadi bendahari dorm Khadijah pastu titibe setiap dorm kena buat persembahan la pulak -_- 
 
19. Shoutul Harakah - Bingkai Kehidupan
 Mula-mula kenal lagu ni masa dekat Hira'. Selalu nyanyi ramai-ramai masa kawad (KRS) setiap hari sabtu. Lagu-lagu macam ni lah kalau dialunkan akan mampu melahirkan semangat untuk berjuang yang luar biasa dalam diri kita. Mengukuhkan keimanan dan meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH. Lagi-lagi kalau nyanyi secara beramai-ramai..memang la tak tau nak kata apa . Last time nyanyi lagu ni masa JDK harituh. Lagu tema JDK pulak tu. :')

20. Hijjaz - Sunnah Orang Berjuang
 Lagu ni adalah lagu sekolah kat MATRI dulu. Mula-mula dengar lagu ni..mashaALLAH , rasa nak nangis. Dah la kat perhimpunan sarah duk feeling sengsorang kat situ T_T meremang bulu roma dengar. Suka sangat lagu ni..sangat mendalam maknanya~ :') setiapkali nyanyi lagu ni mesti teringat kat Khalifah Umar Al-Khattab..

---
teeet! Alhamdullilah cukup 20 lagu yang sarah dah listkan..banyak lagi sebenarnya tapi yang ni je setakat yang ingat :D ahha. nak buat camne. Ai teralpha daa .. kui3    

Okay, till then. tatars ~



Comments

Hasif said…
wow lagu die.. pergh..

jom join bloglist sy

http://www.ahmadhasif.info/2013/05/bloglist-di-ahmadhasifinfo-mei-ogos.html
Aida Ismail said…
Kita sama! ^^ Akak pun suka lagu Simple Plan tu taw. Lagu nasyid akak suka kumpulan In-Team. Best!
vanillasnow said…
Hahaha okay insyaAllah :)
vanillasnow said…
Heee..best kan lagu simple plan tu :) sarah suka in team juga..lagu nasyid semua mendamaikan jiwa bila dengar kan? :)