Surat Buat Anak Lelaki Ibu :)
Anak ibu,
Surat ini mungkin hanya sampai kepadamu 22 tahun dari sekarang. Semoga setiap bait surat ini masih kemas tersimpan di ruangan maya ini tanpa satu perkataan pun hilang; hanya untuk tatapanmu.
Surat ini ibu tulis untukmu. Pasti kamu sedang meniti zaman remajamu. Indah dan simple bukan hidupmu? Sebelum memori dari zaman remaja ibu lenyap ditimbus oleh perihal kerja dan keluarga kita, ibu layangkan warkah ini sebagai peringatan buatmu.
Saat ini, ibu belumpun bernikah dengan ayah. Belum ibu kenal sepenuhnya siapakah lelaki. Pengalaman ibu dengan lelaki juga tidaklah banyak. Hanya daripada cerita, diskusi dan pemerhatian ibu.
Sayang,
Di zaman remajamu ini, ujian besar buatmu ialah perempuan. Naluri ingin berpasangan, bercinta, mencintai dan dicintai mulai berputik dalam hatimu. Penglihatanmu memusuhi imanmu. Jiwamu bergelora dengan rasa yang aneh. Itu fitrah, anakku.
Ibu bukan menafikan perasaanmu, tetapi ingin ibu sedarkan kamu dengan realiti hidupmu sebagai pemilik kromosom XY.
Ibu bukan menafikan perasaanmu, tetapi ingin ibu sedarkan kamu dengan realiti hidupmu sebagai pemilik kromosom XY.
Tika hatimu sedang meronta dan nafsumu bergelora, kawallah dirimu. Pandanglah ke depan dan soallah dirimu. Tahukah kamu siapa itu lelaki? Buka Quranmu, dan lihatlah kepada surah an-Nisa', ayat ke-34.
"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar." (An-Nisa:34)
Sudahkah kamu bersedia dengan amanah ini anakku?
Anak ibu,
Lelaki selalunya punya naluri sebagai pemimpin dalam dirinya, tetapi jarang sekali dia sedar. Lebih-lebih lagi lelaki di usiamu, hampir semuanya dalam koma.
Lelaki tidak akan sah sebagai lelaki, selama mana 3 soalan ini tidak dia temui jawapannya.
Lelaki tidak akan sah sebagai lelaki, selama mana 3 soalan ini tidak dia temui jawapannya.
Siapa dirinya?
Apa yang sedang dilakukan?
Berapa banyak yang dia dapat dari hasil usahanya?
Ya, perempuan yang sebaya denganmu juga memiliki perasaan seperti kamu. Cuma pada usia ini fantasi kami sangat menyimpang dari apa yang kamu bayangkan - kami mengharapkan perkahwinan sebagai penyudah. Yang diangankannya indah-indah belaka.. Dia berharap agar kamu romantis, kamu akan menyediakan setiap keperluan dalam hidupnya, kamu yang akan menunaikan kehendaknya dan 'we live happily ever after.' Jika fitrahmu adalah memimpin, mereka pula dilahirkan dengan rasa kebergantungan, perlu dididik dan dipimpin.
Tetapi, kamu...saat ini wujudkan perkataan perkahwinan itu dalam kamus remajamu? Apa bukti yang kamu ada untuk memenuhi fitrah kebergantungan gadis pujaan hatimu?
Kalau ya pun berkahwin tujuanmu, kamu senantiasa resah memikirkan bagaimana kamu dapat memenuhi naluri lelakimu. Fokus kamu akan beralih nanti selama mana kamu tiada bukti yang kamu adalah seorang lelaki.
Percayalah, kamu belum dapat serius dengan mana-mana perempuan pun selama mana 3 soalan tersebut belum kamu temui jawapannya, dan selalunya ibu perhatikan, lelaki sangat lembab memenuhi peranannya berbanding gelora nafsunya.

Biarlah kamu dilihat sebagai matang awal. Ibu cuma tidak mahu kamu membazirkan zaman remajamu dengan perkara yang sia-sia, tanpa arah tujuan. Ibu hanya mahu kamu menghormati perempuan dan emosinya. Bermain dengan emosi seorang perempuan bukanlah tanda dirimu hebat ataupun kamu lelaki sejati. Lelaki itu pemimpin perempuan!
Sayang,
Jika kamu tanyakan kepada ibu, apa yang harus kamu lakukan untuk mencari jawapan kepada 3 soalan di atas, minta maaf ibu bukanlah orang yang selayaknya untuk menunjukkan kamu jalan itu.
Hanya ayah kamu bisa mengajar kamu menjadi lelaki.
Belajarlah darinya. Berbincanglah dengannya. Bangunlah setiap pagi di waktu ayahmu bangun. Lihatlah apa yang dilakukannya sepanjang hari sebagai lelaki, ketua keluarga kita dan apa yang dia sumbangkan buat keluarga kita dan masyarakat. Rasailah kesusahannya sebagai lelaki, insha Allah, kamu akan temui jawapan yang kamu cari.

Anakku,
Jadilah lelaki terlebih dahulu. Kemudian pilihlah perempuan yang akan membantu kamu menjadi lelaki yang lebih baik, samada dalam urusan duniamu dan lebih penting dalam urusan akhiratmu. Insha Allah, ibu selalu mendoakan agar kamu menjadi hamba Allah yang soleh dan diredhai-Nya. Amin.
Salam rindu dari ibumu.

Comments
Apa pun, hopefully lelaki yang Allah tetapkan sebagai jodoh kak anis, mampu jawab 3 soalan itu dengan mudah, moga dia bersedia zahir dan batin, moga ilmunya dah cukup lengkap utk menjadi imam kak anis dan ketua keluarga kak anis bg generasi kak anis kelak. Amin :)
insyaAllah warkah ni sesuai untuk semua kaum adam yang berakal :D
Amin..semoga future husband kak Anis adlh seorang rijal yang bertanggungjawab, soleh , musleh dan penyayang serta sabar dalam mendidik anak2 menjadi seorang yang hebat..untuk islam insyaALLAH :)
Yup..share2 la kat orang lelaki ye :D
1..
2..
3..
4..
5..
dah habis insaf!
Haha
Ada ker orang camni?...5 saat je insaf