Lumrah duniawi ; kesedihan.




Pernah tak satu haritu kamu rasa bahagia sangat sangat, semua benda orang buat akan kelihatan lucu dan mengelikan hati. gelak banyak. senyum memanjang. tapi sebelum tidur, ada air mata yang mengalir. sedih sebab apa pun tak tahu. titibe je. kawan aku kata tu sebab jangan happy sangat. nanti sedih sangat. jangan benci seseorang sangat2 . nanti takut sayang sangat2 pula. bersederhanalah dalam kehidupan~

Aku cukup tak suka duduk sorang2. nanti mula lah terpikir benda2 yang tak masuk akal..
contohnye macam ni:

"Setiap hari aku guna kertas..kesian kat pokok dah semakin pupus. Aku ni hidup membazirkan pokok je" *nangis*

"Setiap hari aku buat dosa..penat malaikat tu dok catit. mesti dia bapak menyampah dengan aku kan? Aku ni hidup menyusahkan malaikat je.." *nangis*

banyak lagi sebenarnya dan semuanya macam karut. Pernah juga kesedihan ni datang dalam bentuk mimpi. contohnya, dua hari sebelum SPM harituh. Aku mimpi sesuatu pasal mak aku. dia macam dah tak kisah psal aku. Malam esoknya aku call ummi sampai nangis2..
"Ummi, semalam sarah mimpi yang ummi dah tak sayangkan sarah" .pastu esoknya ummi datang visit aku di Perlis.Dah la mengejut. Orang tengah sedap2 qailullah~ 
pernah aku menangis sampai demam panas. jadi untuk mengelakkan demam panas ketika SPM..aku terpaksa tahan nangis.woooo parah gile. hati rasa nak meletup je. tapi ummi pesan jangan duduk sorang2..borak2 lah dengan kawan.Hmm.. Ada kebenaran disitu. *dugaan time SPM*



bayangkan..Orang susah2 buat cake seharian berpenat lelah buat macam macam semata2 untuk dia. In the end, bila kita bagi kek tu kat dia..Dia ambil kek tu dan baling atas lantai sambil pijak pijak plus ludah ludah depan mata kita. Best kan?!

lagi best..
kat dunia ni kita punyalah bertungkus lumus buat banyak amal kebaikan untuk menjadi hamba ALLAH yang terbaik. hidup kita semata-mata untuk Nya. TAPI In the end, ALLAH campak balik semuaa amalan yang kita buat tu di muka kita.terbenam kita dalam hell. NAUZUBILLAH! 

perit sangat. 

kalau kita cintakan ALLAH. tentulah kita nak ALLAH balas cinta kita kan? takkan nak DIA Murka kot T_T

Macam tulah juga bila kita sayangkan seseorang dalam hidup ni. Nak lah dia sayangkan kita juga. tapi nak buat macam mana. kita tak boleh paksa 'hati' orang untuk sukakan kita. 

sedih.

tapi sebenarnya RasulALLAH lagilah dasyat deritanya berbanding kita. Baginda berdakwah dan terus tabah dalam menyampaikan islam semata-mata untuk lihat kita bahagia dunia dan akhirat. Kasih sayang baginda tiada tandingannya. Walaupun kena baling batu oleh penduduk Thaif. Kena dapat tahik dari jiran sebelah. kena layan macam !@#$%^&* oleh orang kafir. Tapi baginda tetap menyayangi mereka sepenuh hati dan berdoa agar mereka mendapat hidayah. lagi perit kalau nak banding dengan kesedihan aku sekarang ni. T_T

Aku sedih macam mana sekalipun, bila teringat rasulAllah dan perjuangan para sahabat mesti luka dihatiku terus terubat. Sesungguhnya,pengorbanan mereka jauh lebih besar dari segala kesedihan yang bakal kita alami.


if you can't bring happiness to others..
then stop spreading sorrows.
at least.


setiap insan pernah menitiskan air mata.
sama ada sebab kehilangan , kesedihan , dikhianati , disakiti mahupun kerana terlalu gembira. kita same jer :')

Comments