...whatever it takes...



Hari itu saya dan kawan berjalan berdua dan sedang mencari-cari teksi untuk dinaiki. Penat entah kenapa, malas rasanya nak berjalan. alhamdulillah ada rezki, kenderaan teksi memang tak susah dicari petang-petang macam ni.

Masuk teksi, bagi salam. dan terus bagitahu destinasi ;
"sakan tolabah jami3iyah, wara' sakan houston"

Hari itu ada mood tiba-tiba rajin nak berlatih bahasa, bertatih-tatih cakap arab. Saja bertanya kepada pakcik teksi;

'berapa lama dah pakcik memandu teksi ini, pakcik?'

'oh. lama dah. tapi ini kerja sampingan je..'

'ye ke..habis tu, pakcik kerja kat mana sebenarnya?'

'aku ni lecturer di jami'ah Yarmuk, sedang ambil PhD.'

Kagum sekejap. Terdiam. Subhaanallah.
Tak lama selepas terdiam, bebola mata tertangkap satu situasi dalam teksi, pakcik tu menekan minyak dengan tongkat di tangannya! Ini lagi satu yang catchy tentang pakcik ini. Hebat. Berusaha dengan segala kudrat yang ada, untuk mencari sumber tambahan rezki buat keluarga, buat menampung pembelajarannya. Walaupun dalam kekurangan. Kekurangan jasad - sebelah kakinya tak cukup kuat walaupun untuk menekan pedal minyak kereta.

Tapi hakikatnya bukan kekurangan itu yang saya lihat. Tapi semangat untuk dapatkan ilmu,whatever it takes.

Di akhir perjalanan kami yang tak berapa jauh, saya sempat bertanya kepada dia..kenapa selama pakcik bersembang dengan kami, pakcik guna arab fushah? Jawab pakcik;

'kalau bukan saya sebagai orang arab yang menghidupkan arab fushah, siapa lagi nak diharapkan?'

terima kasih pakcik hebat.
doakan saya memiliki jiwa sehebat pakcik.

اللهم اجعلنا من الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنه

credits : Luqman The Wise

Comments