18 on the 18th



 Assalamualaikum hai hai hello :D
lama sarah dah tak update blog kan? rinduuu *peluk blog* haha titibe. Pada 18 Ogos 2013, Alhamdullilah..telah genaplah umur sarah menjadi seorang insan berusia 18 tahun. Baru 18 tahun hidup apalah sangat nak dibanding dengan nenek2 sekalian. masih banyak pengalaman yang belum dilalui. masih mentah dan merangkak-rangkak dalam menggapai redha ilahi. masih setahun jagung gitu~ apa-apa pun , semoga ALLAH masih sudi memberi peluang untuk jantung aku terus mengepam 'blood of hopes' agar aku terus "hidup" untuk berbakti kepada masyarakat , negara dan agamaNya yang tercinta. Please jangan jadi lifeless okay. Jangan malas-malas lagi tauuuu sarah =.= *monolog sendirian tapi tertaip* I really hope I can be a great muslimah one day. It's my biggest wish ever..Amin~ :)

alang-alang aku masih muda, teringat pula kat hadith ni :
“Takkan bergeser kedua kaki manusia pada hari kiamat sampai selesai ditanya tentang empat perkara: tentang umurnya, untuk apa dihabiskan; tentang masa mudanya, untuk apa dipergunakan; tentang hartanya, dari mana diperoleh dan untuk apa dibelanjakan; dan tentang ilmunya, apa yang sudah diperbuat dengannya.”(HR. At-Tirmidzi no.2417)




Tada~ nilah hadiah-hadiah dari my BFF. huhu~ tengok apa diorang bagi. Slipper tidur, selimut , baju tidur , stokin , rabbit fluffy. memang nak suruh aku tidur ke ni? Hahaha. tak elok tidur banyak nanti jadi lifeless and malas =.=
by the way, THANKS korang! comel sangat bende2 tu :D



Kat atas ni Kek Red Velvet homemade by my BFF. Huuuu~ sedap sangat! terharu doh. patutlah haritu tanya aku suka kek apa XD THANKS A LOT! 


dan yang paling tidak diduga. Pada 18 Ogos itu juga perasaan yang pernahku 'luak'kan plus pendam untuk sekian lama itu hilang dalam beberapa minit sahaja. serious talk. 17 Ogos 2013, I won't forget that date forever. Mungkin inilah anugerah terindah dari sang pencipta :) Alhamdullilah Ya Allah~

bagi sesiapa yang ada tumblr, meh la follow tumblr ni ..best quotes dia n arts dia pun comel comel *promote jap* : http://rainbowgallery.tumblr.com/

Okay, sorry lah baru harini ada mood nak update blog. 2 hari terlambat dari birthday sebenar. Kui kui kui. Apa-apa pun thanks for reading~ Please pray for me..Love U all fillah, sarangheyooo :D

Comments

Unknown said…
gembira! happiest girl in the world... hee. moga Allah Redho.