Oh kebebasan..




Aku berjalan

Tiap hari aku berjalan
Tiap hari juga
Erti itu aku fikirkan

Kebebasan
Apakah itu?
Nuansa-nuansa hidup
Melihatkan tafsiran berbeza

Ada manusia
Logik akal memerintahnya
Hidup bebas tanpa agama

Itu Sekularisma
Bukan Kebebasan

Ada manusia
Suara insani memandunya
Dijadikan dasar hidup
Atas slogan demokrasi

Itu Humanisma
Bukan Kebebasan

Ada manusia
Suka bermain pukul rata
Semua orang sama sahaja
Cairkan agama dan bangsa

Itu Pluralisma
Bukan Kebebasan

Ada manusia
Fikir hidup sekali cuma
Kepuasan hidup dirai
Mencari kebahagiaan hakiki

Itu Hedonisma
Bukan Kebebasan

Ada manusia
Menyanjung tinggi kebebasan
Asas tertinggi politik diletakkan
Nilai kesamaratan

Itu Liberalisma
Bukan Kebebasan

Ada manusia
Allah tuannya
Khalifah pemerintahnya
Qur’an pemandunya
Islam perlembagaannya

Inilah Kebebasan
Noktah Pencarian

Tidak percaya?
Cubalah berjalan

Credits : Luqman Alhakim

Comments

twinscraftlife said…
Hi! 안녕하세요~~! please do visit our blog! we sell
purely handmade products such as phone case, ear cap,
bags, pouch and many more! 쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^
http://twinscraftlife.blogspot.com