Wadah Hati
Duhai Hati , bersabarlah menghadapi dunia ini..
Dunia ini tiada hentinya dari berputar ibarat roda,
Seketika kau berada diatas, janganlah lupa diri dan lihatlah ke bawah.
Jadikanlah nikmat yang dikurniakanNya untuk menambah kesyukuranmu di hati,
Ada ketika kau akan berada di bawah ,
bergelumang dengan lumut kenistaan,
bangkitlah! dan usah meratapi kesedihan itu kerana ia cumalah sementara.
Apabila kau dicaci dan dibenci ,
ingatlah bahawa adalah mustahil bagi seseorang untuk memuaskan hati semua orang disekelilingnya. Sedangkan RasulALLAH yakni kekasih yang dicintai ALLAH itu turut pernah dibaling batu oleh penduduk Thaif..inikan pula kita yang hanya insan biasa.
Tetapkanlah hati untuk terus istiqamah dalam mengabdikan setiap nafas untukNya dan teruskanlah pengembaraanmu di dunia yang kerdil ini.
Akhirnya kau akan faham bahawa dunia ini hanyalah sebuah mimpi yang seketika.
Selagi engkau masih terdaya, teruslah maju kehadapan menuju ilahi.
Jangan sesekali kau menoleh ke arah kisah silam yang telah terkubur dalam lautan memori itu.
Setiapkali fajar baru menjelma , ia sebenarnya tidak sama dengan fajar-fajar yang lalu dalam kehidupanmu. Hari-hari yang berlalu menandakan sebahagian dari diri kita sedang pudar dan hilang.
Masa kau amat terhad dan tanggungjawab masih belum sempurna.
1 September 2012

Comments
( im touched )
its very beautiful and meaningful♥
~FaRzie~
SyukranJz ya sadiqati ^_^
Kamsamida :)