Respon tentang Cinta
Setelah membaca luahan hati seorang wanita 30-an yang tak ketemu jodoh : my reply dari budak umo 18 tahun.
P/S: Semoga akak bertemu dengan kebahagiaan hakiki :)
2 September 2012.
Kebahagiaan itu adalah ketenangan dan ketahuilah hanya dengan mengingati ALLAH hati-hati akan menjadi tenang :)
Setelah ku amati dunia ini secara mendalam. Kutemui sebuah perkataan yang bernama 'cinta'. Perkataan yang telah membahagiakan dan membinasakan sebahagian hidup manusia. Cinta itu indah tetapi mengapa harus kita tersiksa dengan cinta? Ini kerana rata-rata dari kita tidak memahami definisi cinta yang sebenar.Aku setuju jika setiap orang mempunyai pandangannya yang tersendiri. Namun ingatlah bahawa sesungguhnya dunia ini adalah ibarat sayap lalat yang tiada nilainya. Cinta yang berhubung dengan dunia semata-mata akan hanya menjadi debu yang berterbangan dan lenyap buat selama-lamanya.Konklusinya, definasi 'cinta' bagiku ialah perasaan kasih sayang yang membuahkan kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat. Apakah pula 'kebahagiaan' yang sebenar? kebahagiaan yang hakiki bukanlah terletak pada kesenangan hidup, kekayaan , kecantikan dan materialistik. Namun, ia terletak pada ketulusan hati untuk mengabdikan diri kepadaNYA dan segala perkara yang membawa kita untuk lebih hampir dengan ALLAH. Cinta sedemikian tidak akan menjadi hampa malahan mendapat keberkatan hidup yang tidak terhingga. Tidak kisahlah kalau tiada insan yang sudi bersama. Tidak kisah juga kalau tiada jodoh di dunia.
Walaupun secara fitrahnya , alam ini dicipta dengan berpasangan seperti malam dan siang. siput betina dan siput jantan. anther dan stigma. ect ect. even burung pun mempunyai pasangannya masing-masing. Memang pilu ye kak. Tapi buat apa kalau kahwin dengan sebarangan orang dan akhirnya pernikahan itu hanya akan menjauhkan diri kita dari Allah? Jadi, pilihlah suami yang boleh membimbing kita menuju ilahi dan yang luas ilmu pengetahuannya berbanding kita. Oleh itu, kita mestilah mula 'memperlengkapkan' diri dengan sifat2 solehah agar bertemu yang soleh wa musleh. Bukankah begitu? tetapi jika ditakdirkan ALLAH, jodoh itu tidak wujud bagi kita..janganlah bersedih hati kerana masih banyak jalan lain untuk kita mencari kebahagiaan hakiki. Contohnya kalau teringin nak anak dan berkemampuan, akak bolehlah mengambil anak angkat di rumah anak yatim dan memberinya kasih sayang + didikan islam agar suatu hari nanti dia membesar dan menjadi insan yang hebat untuk ummah tercinta.
2 September 2012.
Kebahagiaan itu adalah ketenangan dan ketahuilah hanya dengan mengingati ALLAH hati-hati akan menjadi tenang :)

Comments
~FaRzie~
yaa tepat sekali :)
Thanks. Me too~ it's a wonderful feelings for human right? :)
To love and to be loved back sincerely because of HIM ♥
Thanks sayang :3
yeah! spread the love♥ to everyone! peace~ Y^_^Y
InsyaALLAH~
Allah's love is the permanent one :)