The Lost Empire - "What was Once Ours"


~Bismillahirrahmanirahim~


Assalamualaikum readers! 
Pada hari Jumaat barakah yang lalu, Sarah dan kawan-kawan telah menghadiri satu program ohsem ni. Haa..macam dalam banner kat atas tu la :) To be honest, sarah rasa macam duduk dalam time machine dan patah balik masa. serius best!! I had a great journey..bersyukur dapat join naik time machine haritu. hihi. Alhamdullilah :)


Disini, sarah just nak semadikan segala mutiara-mutiara indah yang sarah dapat dalam blog..khas buat tatapan anda :D 



setiap checkpoint ada slotnya yg tersendiri. dibentangkan oleh akak2 senior yang berwibawa..

Muqaddimah
Dengan mengkaji sejarah, sebenarnya  ia dapat membuka minda kita untuk melihat dunia dengan kaca mata yang lebih meluas. Lagi lagi sejarah islam, sejarah KITA.


So, sebenarnya tak kisah la kalau kita ambil medic ke engineering ke. takde kaitan dengan aliran sejarah sekalipun. seni or whatsoever. still, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk belajar dari sejarah. Mengkaji dan menghayati sejarah. Lagi lagi sejarah islam, sejarah KITA. 

back to our purpose,

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan

 supaya mereka menyembah-Ku.” (51:56)

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang

 khalifah di muka bumi." (2:30)


khalifah tugasnya adalah untuk menegakkan syariat islam di atas muka bumi ini. dan..khalifah itu adalah
KITA!! :D oh ohsemnya~

MINE , BABY


Zaman Mekah
Zaman sebelum kedatangan RasulAllah, orang panggil zaman JAHILLIYAH. Ramai kata jahiliyyah tu ertinya bodo. Hm, betul la tu tapi SEBENARNYA, JAHILIYYAH yang LEBIH TEPAT MAKSUDNYA ADALAH = PEMILIHAN APA2 SELAIN DARI ISLAM. Buktinya pada Abu Jahal(bapa segala kebodohan), dia sebenarnya genius tau. orang biasa panggil dia ABU HAQAM (english:wise). Tapi disebabkan dia tak terima islam terus jadi 'bapa segala kebodohan'. hmm. #sadlife #learnfromhistory 

subhanallah indahnya Makkah, really wish to be there oneday :) AMIN.

Pada zaman Mekah ni, dakwah dilakukan secara Sirr(rahsia) = 3 tahun. Then bila Umar Al-khatab memeluk islam, dakwah dilakukan secara Jahr (terbuka) = 10 tahun. Total overall 13 tahun. 13 tahun ni hanyalah ditumpukan untuk memantapkan AQIDAH umat islam!!

WHY SO LONG???
BILA AQIDAH DAH MANTAP, KITA TAKKAN MEMPERSOALKAN SEGALA PERINTAH ALLAH. SEBAB KITA YAKIN, SEMUA SURUHANNYA TERSEMBUNYI 1001 HIKMAH :)

Zaman Madinah
RasulALLAH dan umat islam diarahkan untuk berhijrah sebab ALLAH dah jadikan Madinah tu sebagai HADIAH yang terindah buat mereka. untuk cipta negara islam. Time ni kita dapat lihat bahawa MASJID ADALAH PERKARA ASAS YANG DIBINA OLEH RASULALLAH. Memang la masjid zaman dahulu tak la semegah masjid2 di zaman kita. Tapi malangnya masjid kita kini tidak lagi ber function seperti masjid pada zaman baginda RasulALLAH dahulu. Sunyi sepi je krik krik krik....*bunyi cengkerik*

Madinah's so beautiful..mashaALLAH :)


Next second element yang RasulALLAH terapkan ialah "PERSAUDARAAN". ( Muhajirin dan Ansar ) . Persaudaraan yang kukuh amat penting untuk membina sebuah negara hebat. Persaudaraan adalah sebagai support system kita untuk saling memperingati, sebab manusia kan berasal dari NASIA = PELUPA. :(
we always need each other kan? :')

amboi kak IRA siap bawa selimut lagi untuk ktorang. Thank u hihi, sayang akak :*


Without DAULAH , Islam will only be seen as akhlaq, buat baik ect2. fadahal islam is the WAY OF LIFE. islam is SYUMUL! without DAULAH, that's why muncul Islam Liberal ect2 tu :(
~Sheikh Taqiyuddin anNabhani~

Khulafa' Ar-Rashidin


untuk meneruskan perjuangan RasulALLAH s.a.w dan meluaskan lagi empayar islam. Nah sedikit kata-kata dari para khalifah untuk renungan bersama..

"Aku adalah manusia biasa dan aku bukanlah manusia yang terbaik diantara kamu. Apabila kalian lihat perbuatanku benar, maka ikutilah aku. Tapi bila kalian lihat perbuatanku salah, maka betulkanlah."- Abu Bakar As Siddiq.


 Saidina Uthman Ibnu Affan r.a. berkata : 

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: 

· Hatinya selalu berniat suci 
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah 
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) 
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah 
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. 

SAIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHA: 
Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima? 

Perkembangan Tamadun
Umat islam sebenarnya pernah menguasai 2/3 dunia. Adakah kau lupa kita pernah berjaya? Adakah kau lupa kita pernah berkuasa? (Lagu ni dari sekolah rendah duk dengar..masih terasa kehangatannya..) Pada zaman ini , umat islam sangat gigih menyibukkan diri dengan ilmu. Time ni jugalah muncul imam 4 mazhab ( Imam Abu Hanifah , Imam Malik , Imam Syafie , Imam Ahmad ) = Bukti kegemilangan era Abassiyah ada dengan kita di zaman ini ohh :)

Penubuhan BAITUL HIKMAH = HOUSE OF WISDOM

Baitul Hikmah yang menjadi pusat penterjemahan dan pusat pengumpulan ilmu.
Antara contoh great muslim philosophers and scientist yang ada masa tu was Al-Khwarizmi , Al-Biruni , Ibn Sina , Ibn Al-Haitam (menghasilkan camera) dan ramai lagi. Masjid juga menjadi tempat untuk menuntut ilmu selain tempat ibadah..


Tokoh Perubatan : Ibn Sina atau lebih dikenali sebagai "Avicenna" oleh orang barat. Sangat sangat kagum dengan beliau. Always pray to be someone like him. yang aku seronok adalah birthday beliau bulan Ogos macam saye :D cuma Avicenna lahir tahun 980M je..


The Father of Algebra , yang aku kagum sampai meremang bulu roma dengan beliau adalah..beliau menghasilkan Al-gebra semata-mata untuk solve problem related to zakat & inheritance. Nampak tak bagaimana seseorang itu menyalurkan kelebihan diri untuk membangun islam itu sendiri? Allahuakbar! 

TENGOK GAMBAR BAWAH NI..
YUP! nampak tak jubah tu? pemakaian jubah time graduation ni pun orang barat TIRU para ulama' islam pada zaman dahulu yang BERJUBAH ketika menuntut ilmu.

zaman kini, kita lebih banyak mengagungkan lifestyle orang barat berbanding cara hidup islam itu sendiri. Contohnya bercouple boifeng gelipreng. perlu ke ikut lifestyle barat? sedih sangat...perang pemikiran oleh orang barat semakin parah merebak in our young generations :( 

SEJARAH KEBANGKITAN ISLAM BOLEH BERULANG JIKA KITA TEGAKKAN ISLAM DALAM DIRI. 
INSHAALLAH!


 Sebelum memulakan slot kejatuhan islam, kami telah disuruh untuk main satu game ni...game yang buat aku menangis keSENTAPan...

Game Bina MASJID!! inilah masjid ciptaan kumpulan kami. siap ada air pancut lagi kat pintu gerbang tu. Nama masjid ni MASJID AL-MAWADDAH :) gila semangat kami berungkus lumus siapkan..LAST2 kena campak dan di pijak pijak oleh kakak tu..

"SO, KORANG TENGOK JE KE MASJID KORANG DIPIJAK PIJAK??
CAMNI JE REAKSI KORANG?? "

WEYHHH AKU NANGISS TAK BERLAGU DAH T.T


Macam itulah keadaan umat islam sekarang. TENAT. BUTA . Islam dihina didepan mata pun duduk diam je..Allahu :(


Kejatuhan Islam

Kejatuhan Islam bermula dengan Perang Salib = 9 siri (1095-1291). Masa ni Baghdad diserang oleh Hulagu Khan (serangan Monggol). Masa ni juga lah khalifah islam (KHALIFAH MU'TASSIM) ketika itu sangat mencintai harta. Time perang ni, ramai para Ulama' dan umat islam disembelih dengan kejam. Khalifah Mu'tassim akhirnya dibunuh dengan disepak dalam selimut hingga mati. 

KESAN PERANG SALIB??

Buku2 di Baitul Hikmah dijadikan jambatan untuk menyeberangi Sungai Tigris. Sungai Tigris MERAH DENGAN DARAH dan HITAM DENGAN DAKWAT BUKU.

PILU. . .NYILU. . .

Next, wujudnya la kerajaan Abasiyyah 2 yang berpusat di Mesir(tmpat kmi duduk skrng ni laa). Zaman Abasiyyah 2 ini bermulanya la episode kejatuhan islam seterusnya :(


TURKI UTHMANIYYAH
founded : 27 July 1299
Pada 29 Mei 1435, Sultan Muhammad Al-Fateh (omputih panggil MEHMED THE CONQUEROR) telah menakluk Constantinople (kini, ISTANBUL) dengan 53 Hari serangan. 





“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menakluknya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah kepimpinannya adalah sebaik-baik pasukan.” Begitulah sabda Rasulullah S.A.W. yang menyatakan perihal Sultan Muhammad Al-Fateh ratusan tahun sebelum kelahiran beliau.

 ada movie siap :D
Andalusia juga telah ditakluk time zaman Umaiyyah. 

AFTER THAT, Empayar Islam mula parah..
Sultan Abdul Hamid 2 merupakan khalifah terakhir. Khalifah masa ni dah mula lagho (lalai) , cintakan harta dan wanita 
(banyak gundik aka perempuan simpanan)..

3 March 1924 (tarikh berdarah, islam kehilangan khilafah)


tak sangka gambar mamat ni terTEPEK di blog suci ku ini. ASTAGA Sarah!!! 

British nak pecahkan umat islam dengan pecahkan negara islam serta memupuk semangat nasionalisme dalam diri umat islam. 
2ndly, SERANGAN PEMIKIRAN!!

SOS!!! SOS!!!

Rasulullah bersabda, “Nyaris orang-orang kafir menyerbu dan 

membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu 

makanan di atas piring.” Seseorang berkata, “Apakah karena sedikitnya

 kami waktu itu?” Beliau bersabda, “Bahkan kalian waktu itu banyak 

sekali, tetapi kamu seperti buih di atas air. Dan Allah mencabut rasa takut

 musuh-musuhmu terhadap kalian serta menjangkitkan di dalam hatimu 

penyakit wahn.” Seseorang bertanya, 

“Apakah wahn itu?” Beliau 

menjawab,

“Cinta dunia dan takut mati.”

(HR. Ahmad, Al-Baihaqi, Abu 

Dawud No. 3745)


Antara Hari ini dan Semalam
Kita mestilah gunakan kelebihan diri semaksima mungkin untuk sampaikan islam(DAKWAH). Janganlah menjadikan kelemahan diri sebagai alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawab. Sesungguhnya semua umat islam kini berdosa MELAINKAN mereka yang berfikir untuk membangkitkan khilafah semula.

"KITA WAJIB MEMULAKAN USAHA INI DARI BAWAH. KITA PERLU MENTARBIYYAH INDIVIDU."
~Syeikh Syakib Arsalan~


"campaklah aku di mana mana pun, nescaya aku akan menegakkan islam disitu.."

tegakkan lah islam dalam dirimu nescaya islam tertegak di bumimu..



makan kek Birthday sebelum bersurai :)
Kek Birthday kak Fana & Mia Sarah , Happy Belated Birthday!

Dimanakah waris Sultan Muhammad Al - Fateh hari ini???

Dimanakah pengganti Omar Al - khatab???

~shift your paradigm~

Comments

Unknown said…
wow, rajinnye Sarah ,mencoret sepanjang ni.. i hope i can be like you :)
vanillasnow said…
Ahha Anim ,
Haritu ada masa lapang.
Blogging mmg hobi kite dikala mse lapang. Hehehe :)

kita memang rajin pun
alhamdullilah :)