kehidupan ini..


Hidup ini adalah sebuah pencarian dalam perhentian.

Manusia itu akan sentiasa mencari-cari cara
untuk..

Memuaskan nafsu
Melengkapkan diri

Sanggup mengah,
berpenat dari pagi ke mlm
Ditolak ibadah ke tepi
Tersungkur sanggup bangun kembali

Demi mencari erti bahagia duniawi

Sedangkan
dia terlupa
untuk mencari bekalan akhirat
Dia terlupa
bahawa pencarian itulah
tujuan sebenar diberikan dunia.

Jam kan tetap berdetik
Seiring amalan sia2 mu
Malaikat kan tekun mencatit
setiap saat perlakuanmu

Apa erti kau dihidupkan?
Apa erti nafas baru mu hari ini?

Kata Buya Hamka
Kalau sekadar hidup,
Babi di hutan juga hidup.
Kalau sekadar berkerja,
Kera juga bekerja.

carilah keberkatan dalam setiap urusan dunia.
Biar gigih cemerlang dunia
Membuah saham akhirat yg dicita

22/1/2013
7.46 pm.

Comments