Awak tak pernah Couple? Tipulah.
Pada suatu hari, di suatu kawasan. Aku sedang menanti cikgu John aka cikgu driving aku sambil duduk di sebuah kerusi. Tiba-tiba ada seorang perempuan menyapa aku. Aku tersenyum dan berkenalan dengan dia. Sembang punya sembang. Oh betul lah tekaan aku! kami sebaya rupanya. Apabila cikgu John datang, aku bingkas bangun dan bertanya, " Cikgu, harini saya belajar dengan cikgu lagi ke?". Cikgu John yang agak ROCK tu pun jawab " Sarah, mulai saat ni kamu belajar dengan cikgu lain ye". Oh okay. "Bagus.." hati kecilku berbicara. Hehe jahat gile aku. Lagipon aku dah tak sanggup jadi secondary-smokers lagi di situ. Aku juga tak suka dia berbicara rock2 dengan ku. Rupa-rupanya cikgu tu pon lebih suka mengajar budak lelaki berbanding perempuan. senang la sikit dia nak berrock2 pun kan? :P sambil menunggu cikgu baru aku. Aku kembali duduk di tempat asal..sembang lagi dengan minah yang sama.
"Kenapa Sarah?" soalnya kehairanan. Apehal titibe aku patar balik.
"Mulai saat ni kite dah tak belajar dengan cikgu John lagi. Cikgu baru pula. " balasku ringkas.
"Ehem, nanti boleh la makan nasi minyak..manalah tahu, jodoh awak dengan cikgu kedua tu" katanya.
Aku ingatkan dia berjenaka. Lalu aku pon ketawa. Hahaha!Funny as hell. Rupa-rupanya dia serius. Alahai, serious tak bertempat ke ni? :P
Tiba-tiba matanya meleret kearah gelang emas putih aku .. " Cantiknya! macam someone special je yang bagi? hehe.." dia tersengeh.
" gelang ni mak kita yang bagi. someone special la tu kan.." sambil tersenyum.
" Ehe, tipulah awak tak pernah couple..pernah kan? kan? kan?" matanya merenung tajam ke dalam bijik mataku.
"Hahaha! seriusly la awak.. kite tak pernah seumur hidup dan TAK AKAN COUPLE selamanya!!" aku tegas dengan pendirianku. Haish..pelik sangat ke kalau jumpa orang tak pernah couple acik oii. itulah yang jadi kepada orang-orang sekarang. Kalau tak couple, nampak macam tak laku. Kalau tak couple, nampak macam orang ketinggalan zaman. Pernah dengar2 juga. orang-orang tak berfikiran waras ni kata " You ada dara? ewwww" .. apehal kau jijik sangat dengan orang yang masih berdara. Kaulah yang patut malu dan meratap kesedihan kerana telah kehilangan mahkota sucimu itu. Orang pakai tudung labuh pun dilabelled as orang kolot. Astaufirullah!-.- Memang kalau nak puaskan hati orang, sampai bila-bila kita takkan mampu.
`carilah keredhaan Allah swt walau pun ianya akan mengundang kebencian manusia namun Allah swt akan tetap bersama-sama anda dan janganlah anda mencari keredhaan manusia sehingga mengundang kebencian Allah swt ...'

Pada zaman kanak-kanak dulu,aku dengan lelaki suka sangat bergaduh. kena tumbuk perut pernah.Kena baling lipas. kena sepak terajang pun pernah.main wars baling pemadam atas kepala lelaki itu hobi aku. apehal aku benci sangat lelaki pun tak tahu.Tapi itu dululah. sekarang ni naluri keperempuanan aku dah semakin membuak-buak. Herm..haha! poyo je. Tapi itupun aku kena banyak istifar dan kawal naluri insani ni. Susah.Penat. Pedih dan sakit. Tapi 'keperitan' yang dihadapi dengan kesabaran dan ketabahan..InsyaALLAH akan mendapat nilai yang tidak terhingga di sisi Allah. Lagipun dunia ni hanyalah tempat untuk kita diuji je kan? *trying to chill with the pain*
seperti yang ramai dah tahu tapi buat buat tak tahu. Couple itukan mendekati zina. mendekati zina Allah dah larang. Kalau langgar larangan Allah memang jangan haraplah hidup kita akan tenang.Kalau tenang kat dunia. InsyaAllah akan sengsara di Akhirat yang abadi tu. Kalau kahwin atas dasar couple pun keberkatannya dah hilang.Buat apa hidup kalau tak diberkati dan dirahmati ALLAH? sia-sia je.
Tadi aku terserempak pasangan sweet-muit kat sebuah restoran ni. lelaki tu tak habis-habis menguap2 depan perempuan tu sambil buat muka bosan. Perempuan tu pula ansyik tenung lelaki itu dengan pandangan penuh kegatalan, kesengalan dan sewaktu dengannya. Titibe laki tu keluarkan cincin. OMG! Haha. cepat kawin sekarang! jangan tunggu tertelan nasihat syaitan baru nak bertindak ok..please man T_T janganlah merosakkan diri sendiri, anak bangsa , negara dan agama yang tercinta.
Bagi aku, ber'couple' ni memanglah mula-mula nampak indah. nampak menyeronokkan. menggahairahkan. membahagiakan. tapi lama-lama..tahu-tahu jelah kan? Lelaki taguna tu akan tinggalkan korang macam sampah sarap tepi jalan je. Pastu meratap la korang sorang2. Tapi hidup mesti diteruskan..so,terpaksalah mereka meneruskan sisa kehidupan dengan membawa hati yang lara tu. Kesian..aku sedih sangat. Sebab aku pon orang perempuan juga. Aku faham sangat perasaan itu. Kena reject sebelum dipergunakan pun dah perit. Kena reject setelah dipergunakan , aku tak boleh bayangkan perasaaan itu. T_T
lagipun aku tengok kehidupan orang ber'couple' ni macam tak aman je.. cuba baca ni :
[ Cuba awak tutup mata awak, gelap kan? Macam tu lah hidup saya tanpa awak. Cuba kira daun dekat dunia ni, banyak kan? Banyak tu lah cinta saya dekat awak :') ]
nampak sweet tapi sebenarnya akan menjadi pahit bila dia tinggalkan kita nanti. teringat janji-janji manisla and whatsoever dramas.
[ Dear. Kalau awak nak bergurau pun jangan lah sampai saya rasa terabai. Saya rasa saya nie tunggul untuk awak. Saya ada hati. Saya ada perasaan wak. Saya nak sangat awak selalu ada disisi saya bila saya sedih + gembira :') ]
Tunggul? how sad :(
[ Aku dah cuba jadi yang terbaik. Dah cuba. Aku dah cuba nak tahan relay nie tapi kau buad apa? Ada kau kesah? K takpe. Aku try move on macam mana yang kau suruh tu :') ]
pertahankan relay yang tidak bermatlamat..
[ Saya tak mengharapkan apa-apa dari awak. Cuma satu saya mintak, please bahagiakan saya :'/ ]
dear, kenapa minta dia yang bahagiakan awak? mintalah dari ALLAH..
Aku Punya Sakit and Tak Sabar Menunggu Saat 17.3 Nie ,, Tapi Kau Buat Perangai Sayang :'( . . Aku Punya Semangat Nak Wish Kat Kau Pasal Anniversary Kitaa Tapi Kau Buat Macam Nie .. :'( Dah La Sayang . . Awak Tinggalkan Saya Kayy .. Saya Dah Tahu Apa Sebab Awak Tukar Pass FB Awak Tuhh -,- . . Teruskan Sikap Awak Tuhh Kayy . .
Tak Lama Lagi Si Dia Tak Ada Dekat Puchong Sebab Nak Kolej :'( Mesti Duduk Hostel :'( . . Awek Mesti Ramai Yg Cun-2 :'( . . Confirm Si Dia Ada Yg Baru Nanti . . Rasa Rindu Takkn Terubati Tanpa Bertemu Dengan Si Dia . .
Nak Pergi Mati Nowww !! :'( . .
Nak mati hanya kerana seorang lelaki? astaufirullah D:Nak Pergi Mati Nowww !! :'( . .
Saya Menjadi Tunggul Si Diaa :'( Hanya Menjadi Teman Dikala Si Dia Sepi :'( Tolong Jangan Buat Saya Jadi Tunggul Awak Ye Capital I :'( •••
Ni sorang lagi kena jadi tunggul .. -.-'Sebenarnya tanpa disedari, orang-orang yang membuka ruang dalam diri dia untuk ber'couple' ni..dia sebenarnya pada masa yang sama telah bersedia untuk memberikan hatinya untuk disakiti. You are planning a sadness for yourself without you even realized! kalau lelaki tu benar-benar serious sayangkan kita. dia akan lamar terus. menjanjikan kebahagiaan sampai ke syurga. itu baru suci sayang :) Ehem, buat masa ni agaknya aku jangan fikir sangat la benda ni..walaupun lepas SPM harituh kawan-kawan aku dah mula bersembang2 pasal benda ni.Biasalah tu, gadis bila dah meningkat dewasa..terselit juga benda2 camni. Lelaki pun lebih kurang je. Tapi hakikatnya, kami masih belajar dan belum bersedia sepenuhnya lagi.
Jom tengok kelebihan-kelebihan orang 'single' pula :
Eh, jap.sambung cerita tadi..Pastu akhirnya cikgu driving baru aku pun munculkan diri. Nama dia cikgu Kamal. Pakai Spek full frame ala-ala nerdy gitu. Alhamdullilah, beliau sangat lembut dalam tutur bicara , penyabar dan yang paling penting..Tak Merokok! :D



Comments
bella pun pernah ditanya soalan 'pernah couple atau tak' tu . bila jawab tak , eh diorang tak percaya . ape ke kolot sangat ke tak couple ni ? ish manusia zaman skrg dah makin songsang hidupnya -,-
err , yg tanya bella tu , cikgu memandu lelaki yg ajar bella . apakahh --"
couple tu senarnye juz akan wat kita lalai dr mengingati Allah.Asyik nak puaskan hati BF sampai hubungan dengan ALLAH pun dah terabai..sobs2 :'(
-Nysa'-
Haha! lawaknye cikgu driving awak tu xD tanya benda yang takde kaitan langsung~
hee~ bestnya awak pon tak pernah couple *sep*..
:)
Thanks..tulah last2 BF tu tinggalkan kite. sedangkan ALLAH tak pernah meninggalkan hamba2Nya :)
orang kapel ni biasanya hidup dia kesunyian dan kurang kasih sayang..kesian~
syukran along ^_^
sarah pun masih dalam proses belajar untuk menulis. berkongsi kisah. berkongsi ilmu walaupun sedikit..semoga ia bermanfaat untuk semua :)
betul tu.lagipun sarah tengok orang2 kapel ni..study dia pun selalunya terabai.. sedih je :(
tapi yang penting, i kahwin gak dengan dia...huhu
takpek bang yang berlalu biarkan berlalu. Asalkan dah kahwin dengan dia sekarang dan bukalah buku baru untuk terus berusaha menggapai redhaNya dalam rumahtangga yang harmonis :D
semoga kalian kekal bercinta sampai ke syurga .. amin~ :)
good job ! tak kapel tak bermakna tak laku kan? :) kita menunggu someone yg boleh bwk kita ke jln yg benar kelak. ckp psal kapel,mmbe linda penah tnya, knapa tak kpel smpai skrg? huhu. linda just senyum. perlu ka? tak kan. :) klaw nk tau, dlm kelas linda skrang, hnya 3org yg xberkapel . lain2 semua dh ada pkwe msing2 . peliknya diaorang mcm 'bangga' em..
syukran ^^
betul tu, kita tak kapel sebab kita ni mahal. hanya untuk suami je :)
sarah kagum ngan linda sebab tak kapel.. hebat :D peliharalah kesucian kita khas untuk suami tercinta ~ biasalah tu , 'couple' kan adalah tren org barat. agenda jahat musuh islam untuk melalaikan pemuda dan pemudi islam .. semoga kita sama2 dijauhkan drnya..amin ~
Thanks ziarah :)
Betul tu betul saya teramat sokong sangat .
Couple2 ni semua buang masa dan buang duit je . Takde kebaikan langsung . Buat sakit hati lah . Hati jadi sedih dan merana , bukannya kegembiraan la hapelah yg seperti kita jangkakan . Klu happy pun kejap je pastu jadi sakit hati balik . Maksiat tu mmg ramai sgt dah buat sbb couple punye psl .
Actually sy sgt menyesal couple ni , dlu penah couple . Klu boleh nak je patah balik mase , terlalu mbuang mase . Sy patutnye fokus kat study dan luangkan masa bsame family . Thanks to my mum tarik sy ke kembali ke jln lurus .
If tak penah couple , just wanna say Congtars ! Happy for you :)
Yup. Betul tu~ Maksiat memang ramai orang dah buat sebab couple2 ni. anak luar nikah yang berlonggok2 tu pun bermula drpd couple2 ni.. percayalah syaitan akan sentiasa 'bekerja'.. mula-mula memang kite dating kata tak nak pegang2. tapi kalau lama2? nanti tersentuh tangan..pastu titibe rasa best .. pastu pegang pinggang plak..pastu raba2 last2 zina terus T_T this is so sad ~ takpe miss Ena, asalkan awak dah x mengulangi kesilapan yg sama itu sudah memadai.. :') hebat~~
huhu. tulah kan..lebih baik dating dengan suami lagi barakah. siap dapat pahala lagi.sebab pilih jalan halal~ ALLAH redha, ibubapa redha..semua orang sejuk mata memandang. hidup pun bahagia :)
camni la dunia akhir zaman..T_T