Im Back.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh!

Alhamdullilah akhirnya sy selamat tiba ke rumah untuk melepaskan rindu pada keluarga yang tercinta. Walaupun hanya 9 hari je tapi itulah sebenarnya peluang yang Allah beri untuk disyukuri dan dimanfaatkan sepenuhnya.


my everyday scenery @ classroom in MATRI. 5 sc Fatimah :D

Erm, apa khabar sy di MATRI? Hehe, Ok2 je macam biasalah cuma tahun ni agak berbeza dengan tahun lepas. Or dalam erti kata lain, form 5 tahun ini sangatlah berbeza dengan tahun lepas. Jangan salah faham. Tapi hakikatnya memang form 5 tahun ini lebih banyak diUJI dan of coz you know what..tahun ini jugalah program KeArah anjuran HALUAN tu baru nak di'active'kan oleh MATRI. Dan of coz lah yang menjadi mangsa utamanya is form 5.

KeArah Induk, bawah dia ada keArah2 peringkat negeri (Selangor,Kedah,Perlis, P.pinang , Perak, Johor , Borneo ). Huh, maklumlah MATRI ni kan sekolah international yang dimana para pelajarnya datang dari pelbagai pelosok dunia (Kemboja, Indonesia , UK , Australia , Pakistan , Thailand ) yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Jadi, disinilah tempat untuk sy berkenalan dan ber'ukhuwwahfillah' dengan orang2 yang berbeza tempat asal namun seaqidah dengan sy.Then bawah keArah Induk tu pula ada program TAQWA 1 , TAQWA ke-2 & TAQWA ke-3 Induk! Bawah TAQWA2 Induk tu ada TAQWA2 peringkat negeri pula =.= tension mension form 5 kena buat mesyuarat , and bla3. Dah le tak pasal2 sy dilantik jadi Timbalan Pengarah TAQWA Induk untuk TAQWA Ke-3. Means, setiap negeri tu sy kena handle! Kena bentangkan kertas kerja. Kena berurusan dengan Males. Kena collect data , minit mensyuarat dan bla3. Memang rasa berat sangat sebab selama ni pun jawatan yang sy duk pikul biasanya hanyalah bendahari or setiausaha je. Tapi tak pe, sebab sy yakin bahawa.. Allah tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya. Dialah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih lagi Maha Adil.

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Al-Insyirah; 5-6)


InsyaAllah, setelah dirunding. Tema TAQWA ke-2 ialah "RasulAllah sebagai inspirasi kehidupan" dan TAQWA Ke-3 ialah " Dunia dalam genggaman, akhirat di hati". Semoga rancangan kami dirahmati dan berjalan lancar hendaknya.


Akmar and Tiya . Akmar was sitting at my place :D


Me and Tiya :) Time cuti maulidurrasul tengah tunggu ayah akmar datang ambil pergi Padang Besar (shopping + tolong mak akmar di butik)

Satu perkara yang membuatkan sy tersenyum ialah semasa proses perlantikan berlansung. First time in my life, sy dapat rasa macammana para sahabat RasulAllah dahulu lalui ketika proses perlantikan khalifah. Dimana kita melantik seseorang itu berlandaskan syura dan bukannya sistem demokrasi. Bak kata Ustaz Khairul " yang ramai diundi tak semestinya yang terbaik dan yang tidak ramai diundi mungkin itulah lebih baik."

Memang sejujurnya sy admit batch 18 (mine) tahun ni memang jarang sangat ada peluang nak study sebab mejoriti orang sibuk dan buzy mengurus program2 ni. Tapi takpe, sebab ..

Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah pasti membantu orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa.” (Surah al-Hajj: 40-41)


Tapi walaupun begitu. Mestilah kena usaha juga kan? sebab..


MAN JADDA WAJADA : Siapa yang berusaha, maka dia akan dapat.


Maksudnya : Orang yang rajin akan berjaya. Jadi pepatah ni lahir daripada adat kebiasaan manusia, kalau seseorang itu ada matlamat dan rajin berusaha, maka dia akan dapat apa yang dia hajat. Btw, kejayaan juga takkan datang bergolek tanpa usaha.

Ini tak termasuk lagi persiapan untuk hari graduasi nanti. Haih, memang pulun habis la form 5 tahun ni. Bulan January lagi dah bincang & bahagi tugasan untuk Hari Graduasi bulan November tu..Yelah, sebab kami belajar dari kesilapan form 5 last year. Dieorang rancang last minutes + dah la time tu tengah kalut dengan SPM . So.. tak nak la benda sama berulang. Yang pasti, lepas cuti ni sy , anim dan athirah sebagai wakil biro multimedia Hari Graduasi 2012 telah mendapat kelulusan untuk membawa camera. Hehe,, bley snap2 gambar2 kenangan untuk masukkan dalam video Hari Graduasi nanti :)

Oh, dan tahun ni jugaklah MATRI nak buat majalah sekolah and ONCE AGAIN, yang jadi mangsa is mostly form 5. Thanks with the help of form 4. Sy kena jadi tukang taip. TUKANG TAIP!!!! :O

This is some pichas of my new home :

Rasa tak sabar nak mendiami rumah nie :)
sebabnya nanti almari sy akan dicat warna lime green! wooo~ im so excited ^o^




This is the living room bahagian atas. nanti nak tarok TV kat situ .. belakang tu bilik sy :)


bahagian bawahnye . Btw, rumah baru ni hanya terletak disebelah rumah lama je :P
BETUL-BETUL disebelah.

Actually, entahlah macam mana nak kata. Sejak masuk tahun ni, otak sy ansyik berdenyut2 je. Simptom migrain ke? na'uzubillah...minta2 lah dijauhkan.Sekarang ni Im looking forward nak masuk audition for public speaking wakil sekolah also debate English.InsyaAllah, tapi benda ni tak konfirm lagi pon. Sebenarnya sy bukan apa."Oppurtunity doesn't always come twice" right? sy dah selalu dan terlalu banyak lepaskan peluang2 yang hadir dalam hidup ini. So, I thought maybe I shouldn't repeat the same mistakes again.

Cuti ini pun sepatutnya sy ada kena jadi fasilitator kem KASEH anjuran HALUAN untuk budak2 darjah 3-6 pada 11-13 march tapi kebetulan 12 march tu birthday ummi. Plus, ada family holiday la pulak.

Sebenarnya, sy still tak percaya yang tahun ni sy bakal menduduki SPM. 11A+ sememangnya siapa yang tak nak? tapi niat balik..for what? memang niat kita baik. Tapi kalaulah dengan mendapat 11A+ tu akan melalaikan dan menjauhkan kita dari Allah. Sy lebih rela tak dapat 11A+ andaikata itu yang lebih baik.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah. Al Baqarah:216)


Ingatlah, susah di dunia ini apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kesusahan di akhirat yang abadi nanti. Boleh ke 11A+ menjamin sy masuk syurga? Boleh ke? the answer is NO.

"Ketahuilah sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Dan kehidupan di dunia tidak lain hanyalah kesenangan Palsu.Dunia umpama sebuah mimpi yang adakalanya berduri. Tempuhilah ia dengan kesabaran. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis."




Wallahua'lam.

Comments

Good luck dengan semua ke'busy'sn tu :) Wah! Pindah rumah baru~ btw, rumah lama awk, jual ke?
vanillasnow said…
:) haah, jual la tapi x tau siapa nak beli lagi. xD
azalia hjsalleh said…
chantik sgt rumah awok =)