Happy Ummi's Day!

Bismillahirrahmanir-rahim.
Mulianya seorang wanita itu bila ALLAH letakkan satu makhluk yang sangat precious bernama RAHIM di dalamnya. Apakah Rahim itu? ya seperti yang kita tahu Ar-Rahim itu juga merupakan antara nama ALLAH yang bermaksud Yang Maha PenyayangMaha pengasih (Ar-Rahman) tu lain. Maha pencinta (Al-Waduud) tu pun lain cerita pula. Okay back to Rahim, sebabtu kita tengok orang perempuan ni memang sifatnya sangat sangat penyayang kan? Sifat ni sangat obvious lagi lagi pada insan yang bergelar ibu-ibu di luar sana. Ehh dan tak lupa juga kepada ibu yang di dalam ini. *sambil tunjuk di hatiku. hehehe~




Hari tu aku tengah makan kerepek sambil skype dengan ummi. Tiba-tiba ummi tanya,
" awak buat apa tu? "

" huhuhu..tengah makan kerepek je.." 

" Aik! ummi tak bagi adik-adik makan kerepek titiba awak pula yang makan? Lepasni takyah la makan janjan lagi okay. Tak elok."

Since that day aku dah tak sentuh janjan dah. Walaupun janjan sedap tapi kalau orang offer janjan aku dengan bangganya akan bagitahu,

" Owh sorry gais mak kite tak bagi makan kerepeks!" sambil tersenyum. 

Seriously rasa disayangi sangat. Rasa seolah-olah nak je sambung ayat tu jadi :

" Mak aku tak bagi makan kerepek sebab kerepek tak elok. memang nampak temeh. Tapi nampakla dia sayang aku.."

Ni salah satu cerita ringkas dari 1001 cerita panjang antara aku dan ummi.




Walaupun sarah duduk jauh dari ummi, boleh je nak makan kerepek setiap hari atau buat benda merepek-repek. Ummi bukannya nampak pun.Tapi perasaan nak ikut pesan ummi tu lagi best berbanding buat benda yang ummi tak suka. sebab ummi larang pun untuk kebaikan kan? sebab ummi sayang kan? sebab sarah sayang ummi juga. Sarah taknak kecewakan ummi. I wanna make ummi proud of having a daughter like me.


Macam tu lah juga dengan segala suruhan dan larangan ALLAH terhadap kita. Allah suruh & larang sebab DIA sayang kan? semuanya untuk kebaikan kita. Walaupun ummi tak nampak tapi ALLAH nampak kan? sebab aku cinta Allah juga. Aku taknak kecewakan DIA. I wanna make HIM proud of having a servant like me.

Ya Allah, thank you for showing your love through the most amazing ummi ever! There's literally no words could describe on how much I love her. For all her stories, my mother is one of my greatest inspiration to always be strong no matter what. For all the warmth of her love in raising us, bless her with your infinite love ; Ya Allah, the creator of 'love'.. grant her Jannatul Firdaus and let us be united again there..amiin ya Rabb :")

Happy Mother's Day!!!

Comments