Pemimpin Salah

Aku tahu kau ada kuasa
Aku cuma insan biasa
yang hanya redha
atas segala ketentuanNya
kalau sekadar nak puaskan rasa
Sedarlah kau salah cara
Bukan begitu gaya berbicara
dua lawan satu manakan sama
Sebagai pemimpin kau kena adil dan saksama
Setiap keputusan harus bertimbang rasa
kerana esok kau bakal ditanya yang Maha Esa

Bukan aku tiada hujah
Hanya malas bertikam lidah
Jangan kerana pendapat bercanggah
Ukhuwwah kita hancur musnah
Hiduplah berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah
kerana hanya itu yang terindah

Sebelum membuat keputusan, marilah bermesyuarat
silakan juga andai perlu berdebat

".....Sungguh, yang batil itu pasti lenyap.". [Al-Israa' : 81]

Ia (iblis) berkata : " Aku pasti akan jadikan kejahatan terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.." [Al-Hijr : 39]

" Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [Muhammad :7]

Comments