Sad Beautiful Tragic.
Nama pun kehidupan. Kebahagiaan dan kedukaan itu saling bersilih ganti. Macam roda. Apa yang kita ada sekarang hanyalah pinjaman dari ilahi semata. Tak perlu egois. Ego itu sifat syaitan yang menyebabkan dia terjerumus ke neraka.
Kebelakangan ni banyak berita yang membuatkan hatiku menjadi pilu. Few days ago in Alexandria beberapa orang akak dentist kemalangan semasa dalam perjalanan ke Airport untuk pulang ke Malaysia. Van itu tergolek masuk laut yang sedalam 3 meter. Ada yang patah tangan. Patah hidung. Patah rahang. Paru-paru masuk air dan koma. Lepastu, kakak SC aku punya ayah pula kena stroke...Allahu, kau permudahkanlah urusan mereka.. :(
baru-baru ni juga ada kawan kepada kawan aku meninggal.
tadi aku tanya lah apa sebab arwah meninggal.
"...sebab cancer tulang."
Tak tahu kenapa, bergelinang air mataku.
Teringat seorang sahabat karib ku yang juga sedang menghidapi cancer tulang.
Kite sayang awak...rindu awak...
hanya Allah yang tahu betapa hati ini sangat menyayangimu..
Ya Allah, kau berikanlah dia kekuatan..
kasihi dan cintailah dia disetiap nafasnya..
kurniakanlah kebahagiaan yang hakiki buat dirinya..
Juga kepada sahabat baikku yang menghidap breast cancer..
semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya..
Jiwaku menjadi sentap.
kita tak tahu
apa yang bakal berlaku
pada masa hadapan
esok atau lusa
adakah aku masih punya suara
untuk membaca Al-Quran
adakah aku masih punya kaki
untuk ke kelas, menuntut ilmu?
adakah aku masih punya anggota yang sempurna
untuk bangun bertahajud, sujud kepadaNya?
esok atau lusa
adakah aku masih
WUJUD
.....
betul,
kita tak tahu
apa yang bakal berlaku
pada masa hadapan
ada orang terlalu risau tentang futurenya
what will I be?
who?
when?
where?
why?
stop wondering and get anxious.
just go on with the flow!
all we have is this moment.
make the most of it! :)

Comments
sedihnyaa :(
ajal tu mmg x kira umur..
bila bila je..
Allahu , semoga kita kembali kpdNya dlm husnulkhatimah...aminn..