1st Contest by Blog Single is Better
Assalamualaykum :D
Bismillahirrahmanirrahim,
Hari ni Sarah telah ditag oleh cik blogger manis Hazlin.
Officially, ini adalah contest kedua Sarah join sepanjang dunia berblog-ing.
First contest sarah join alhamdullilah dapat first place. Nah usha di sini. hewhew

Tertarik nak join kerana :-
- Tanda sokongan terhadap tajuk blog empunya kontes, SINGLE IS BETTER.
- URL blog empunya kontes kelihatan enak, biskut marrie! hiihii
- Suka tajuk kontest. Yup, tentang persahabatan :)
- Ingin memeriahkan first contest anjuran empunya blog
- Ingin membuat sedikit confession untuk sorang sahabat tercinta nie...
TERJAH
UNTUK JOIN!!
5 bloggers yang bertuah sarah tag : Erna , Ain , Ainza , Amirah , Efa :)
done! so lets start,
5 bloggers yang bertuah sarah tag : Erna , Ain , Ainza , Amirah , Efa :)
done! so lets start,
My BFF and Me..
Somewhere in forever,
we will stay together.
we will stay together.
Dear M i r z a Aqila,
Where have you been all my life?
Bas yang membawa satu rombongan mahasiswi dari sebuah percutian itu sunyi. Semua insan sedang lena dibuai mimpi. kepenatan mungkin?
Aku seperti biasa, suka memilih tempat duduk di tepi tingkap.
Aku gemar melihat ciptaanNya. Awan. Pokok. Gunung-ganang.
Subhanallah..
Aku percaya bahawa semuanya telah dirancang dengan rapi oleh yang maha Mengetahui.
Al-wadud, Maha pengasih lagi Maha penyayang..
Aku yakin bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
Oh, usah berduka wahai hati!
Engkau sentiasa berada dalam dakapan cintaNya.
Percayalah sayang..
Aku memerhati dan terus mentafsir..
Aku suka membiarkan fikiranku terbang jauh. Oh, tiada siapa yang tahu.
Tiba-tiba, lagu Teman Sejati alunan Brother susup-susup kedengaran di cuping telingaku.
♥
Selama ini ku mencari-cari teman yang sejatibuat menemani perjuangan suci
bersyukur kini padaMu Ilahi
teman yg dicari selama ini telah kutemui
denganya di sisi perjuangan inisenang diharungi bertambah murni kasih Ilahi
Setiap bait kata itu menusuk jauh ke dalam kalbuku.
Tanpa kusedari, air mata telah pun membasahi pipi.
Aku menoleh ke tepi, melihat seorang insan yang sedang tidur lena..
" Mirza, kita sayang sangat kat awak..uhibukkifillah." bicara hati kecilku.
Aku tersenyum.
Terasa tenang dan bersyukur kepada ilahi dengan kurniaan sahabat sejati sepertinya.
Semoga persahabatan kita kekal mekar
di dunia yang fana' ini
juga di taman syurgaNya nanti
Amin...
Aku hanya ingin kau tahu.
Aku sayangkan kamu.
Sangat.
Comments
Semoga persahabatan kalian kekal hingga ke Jannah . InsyaAllah , allahumma ameen ! :D
Syukran. May your friendship last till Jannah too :)
Amin~
Syukran. May your friendship last till Jannah too :)
Amin~