We are from Venus and Mars


Bismillahirahmanirrahim. 
Assalamualaikum w.b.t. 
Melihat tajuk diatas sudah pastinya ramai diantara kita yang akan teringat buku yang berjudul Men are from Mars and women are from Venus kan? Ye memang betul. Saya pun teringat benda yang sama. Forum tersebut diberi tajuk sedemikian adalah untuk memberi aura 'wow' dan cool disitu. Tidak dinafikan satu dewan penuh sehingga menyebabkan ramai akhawat terpaksa duduk diatas tikar dan tangga. Alhamdullilah saya datang awal duduk atas kerusi ye.



Disini saya ingin mengupaskan bawang sedikit sebanyak ekspresi hati serta akal saya ketika mendengar forum ini. Pendapat peribadi lah kot.  sebenarnya forum ini banyak membincangkan soal ikhtilat iaitu percampuran antara lelaki dan perempuan.
Dalam hidup ini kita bertemu dengan pelbagai jenis orang yang mempunyai latar belakang dan karakter2 yang berbeza. Cara hidup mereka pun tak semestinya sama dengan kita. Jadi tak perlu lah nak kritik sangat bila orang tu buat ni or buat benda yang asing bagi diri kita.  ada perempuan yang selamba badak bertepuk tampar dengan lelaki. Terpegang tangan pun katanya takpe asalkan tiada perasaan. Lelaki pun sama. Sedih sangat..couple pun macam dah jadi perkara lumrah dalam masyarakat kita..



Tetapi apabila umur kita semakin meningkat dewasa. Tahap kematangan akal juga semakin tinggi dan boleh digunakan untuk berfikir. Kalau rasulAllah nampak kita buat benda ni. Adakah baginda akan tersenyum bahagia? Kalau mak ayah kita nampak macam mana? Kalau kalau dan teruslah berkalau. Sedangkan Allah sentiasa melihat setiap tindak tanduk kita setiap detik. Fikirlah. Manis ke buat macam tu. Masam kot. Heheh. K hambar. Akak moderator ada kata..'fitrah boleh dididik dengan fakih(kefahaman dalam agama)'.  jangan sampai fitrah itu jadi fitnah buat diri kita. Nauzubillah.



Ikhtilat ni bukannya tak boleh. Boleh je dalam urusan berjual beli, menuntut ilmu , berubat dan benda2 penting yang mempunyai matlamat dan tujuan yang jelas disisi islam. islam itu bukan menghalang. Islam hanya ingin memelihara kemaslahatan sejagat. 


Maknanya, boleh je nak bergaul dengan berlainan jantina tapi mstilah tahu 'batas' nya. Kalau sampai lelaki ajnabi masuk dalam bilik tu nauzubillah la. "alah..dia kawan aku je kot. Bukan nak buat apa2 pun".. Memang la kawan. Tapi please la.."JAGA". Allah dah pesan dalam surah AnNur... Jangan lah kita mendekati zina. Dekat pun tak boleh kay. Zina tu toksah cerita lah. Ada hadith yang berbunyi "kalau kamu tidak malu maka lakukanlah apa sahaja.."



lagipun kalau kita nak pilih pasangan hidup pun mesti lah nak yang BERKUALITI je kan? :D saya nak lelaki soleh dan musleh. Yang jaga ikhtilat. Tapi susah juga kalau yang over sangat sampai nak bercakap dengan perempuan pun pandang lantai je memanjang. We are still human and need to be respected. Pandang mata la wey tapi jangan lama2 pulak nanti terpukau..kehkeh. Okay tak lawak. Overall please know the limit la. Lagipun perempuan dan lelaki ni kan ibarat magnet. Sebabtu kena jaga. Biasanya kalau keintiman antara sesama jantina takkan dapat mengalahkan keintiman 2 jantina yang berbeza. Sebab memang itu fitrah yang Allah cipta.



Takut nanti tersayang. Susah. Nak kena jaga hati juga. Takut zina hati..Banyakkan istifar supaya tak hanyut melayan perasaan. Tapi kalau you alls takde perasaan dengan berlainan jantina tu boleh la pergi check endocrine system. bak kata abang panelis kita. Gay ke lesbian ke sangatlah melanggar sunatullah (ketetapan Allah). Sebabtu sesama jantina pun kita ada aurat yang perlu dijaga. Nampak tak permainannya disitu? Islam itu nak jaga kita. Allah Maha Bijaksana.  k dah masuk tajuk lain.



apa apa pun yang kita lakukan fikirkanlah IMPACT yang bakal terjadi nanti. Ingatlah, lysosome yang kecil cenonet tu bila merembiskan rembisan yang berlebihan bakal memakan keseluruhan cell. Seterusnya memusnahkan tissue then organ..then..see the impact from the tiny little lysosome? Apatah lagi impact kita sebagai manusia yang jauh lebih besar dari lysosome. Pastinya tindakan kita amat besar implikasinya kepada masyarakat , negara dan agama tercinta. Ingatlah..pembentukan ummah yang cemerlang bermula dari individu2 muslim itu sendiri. YEAH THAT'S US! kita adalah daie dan tujuan kita hidup adalah untuk meraih redha ilahi..insyaAllah.  lets better ourself day by day. May Allah bless you and me..Amin ya rabbal a'lamin :) ♥

Comments

Unknown said…
apabila bakal ONG berbicara..hbis kluar lysosome comey2 bagai..alhamdulillah...

Dr.Sarah! Keep writing ur super duper ideas~
vanillasnow said…
Lysosome memang comel. Hee
Thanks Dr.Wawa :D
Unknown said…
nice sharing dr sarza.. :)
Unknown said…
nice sharing dr sarza.. :)