Drama Kampung.
Pada suatu petang yang redup di Kampung Raja. Kelihatan seorang gadis sedang membaca novel akibat kebosanan yang melanda dirinya. Haha, aku lah tu. Aku merenung kearah sepupu-sepupuku yang sedang bermain bersama adik-adikku. Seronok betul kehidupan kanak-kanak. Ternyata aku amat rindukan saat itu. Main masak-masak.Main kawin-kawin. Tangkap rama-rama. Zaman dimana segalanya terasa indah dan bebas dari pelbagai masalah. Seronok. Hmm, aku mengira helaian novel yang hendak ku habiskan..
"huh, banyak lagi muka surat..entah bila nak habis ni.."hati kecilku berbicara.Tiba-tiba je rasa malas.
Lalu aku menuju ke bilik untuk take a nap sebentar. Tidak sampai beberapa minit kemudian, nenekku datang dan berbaring di tepiku. Wan memang gemar berceloteh. Macam-macam perkara wan cerita. Petang itu juga aku tak jadi take a nap kerana berbual sakan dengannya.Tiba-tiba perbualan kami menyentuh akan sesuatu topik yang telah lama ku nantikan. Tentang ayah kandung aku. Banyak perkara yang aku tidak tahu tentang dirinya. Banyak peristiwa yang ibuku sembunyikan rupa-rupanya. Aku faham, mungkin ia terlalu perit untuk ibuku menceritakan kisah silamnya itu. Masih terngiang-ngiang kata-kata ibuku tentang ayah..
"ummi, dia macam mana orangnya..hensem tak? baik tak?" tanyaku dengan penuh berminat.
"sarah jangan terkejut tau nanti..dia lembut sangat orangnya.."
"Haha! macam pondan ke ummi? suara dia macam maknyah ke? "
"taklah.."
ibuku hanya tergelak besar.
Ternyata benar. Wan aku turut mengiyakan penilaian ibuku itu.
"Nanti sarah jangan sombong-sombong dengan dia tau..buat manja-manja. Dia suka orang manja.." pesan nenekku yang amat menggelikan hati sebenarnya.
Setelah puas bersembang, aku dan wan turun ke dapur untuk buat 'onde-onde'. Banyak ilmu wan dalam dunia masakan yang dapatku pelajari di kampung. Seronok.
Seusai solat asar, aku dan keluarga pergi ke Kota Bharu untuk ke pasar malam. Perjalanan kami mengambil masa berejam la juga maka tidak hairanlah apabila kami tiba ke rumah semula hampir larut malam.Memang penat. Namun aku dan Elin masih sempat duduk bersembang di ruangan TV. Seperti biasa, Putih yang amat manja itu akan datang dan menggesel-gesel badannya di kakiku. Putih, kucing jantan yang bermata biru itu sememangnya mesra manusia.
"teh.." panggilku saat dia bermanja. Aku mengusap-usap tubuhnya yang gebu itu.
"Meow.." sahut Putih buat pertama kalinya. Aku begitu teruja kerana biasanya Putih tak jawab panggilan orang selain dari nenekku. Putih menggigit daguku penuh manja. Lalu Putih menggigit dagu Elin pula. Kami berdua begitu gembira kerana di'kiss' oleh Putih buat pertama kalinya. Apabila jam telah menunjukkan pukul 12 lebih, aku pun mengajak Elin untuk tidur di bilik.
"kesianlah Putih tinggal sorang-sorang kat luar. Gelap pulak tu.." kata Elin sambil mengintai Putih dari pintu bilik.
"Awak ni peliklah. Putih tu dah biasa setiap malam tidur dalam gelap. Titibe malam ni baru awak nak risau?" =.='
Keesokan paginya, wan mengajakku untuk pergi menziarahi wan Zainab dan Tokki Salleh. Mereka adalah nenek dan atokku yang telah lama tidak ku temui. Rupa-rupanya wan telah berjanji untuk membawa aku bertemu mereka setelah aku habis SPM. Aku hanya akur. Namun pada masa yang sama , aku juga sememangnya berhajat untuk bertemu mereka sebelum melanjutkan pelajaran di bumi anbiya' nanti. Setelah bersiap dengan mengenakan pakaian serba biru, aku keluar ke halaman rumah untuk menunggu wan dan tokki bersiap. Tiba-tiba, aku terlihat seekor kucing gebu berwarna putih yang berlumuran darah di dalam kereta serong. Aku terkaku.
" Ni Putih eksiden kena langgar kereta awal pagi tadi.." Ujar Ayah Ngoh.
Aku memerhati Putih, biji mata birunya terkeluar. Tragis sungguh. Aku dan Elin saling berpandangan. Air mata kami turun membasahi pipi.
"Patutlah dia kiss kita semalam..Goodbye kiss rupanya.."
suasana ketika itu amat sayu. Sepupu-sepupuku turut bersedih diatas pemergian Putih.
Ayah Ngoh memandu kereta untuk menghantar kami bertiga ke rumah parents ayah kandungku. Rumah atok dan nenekku yang telah berbelas tahun tak bersua. Kedatangan kami sebenarnya tidak diberitahu kerana wan kehilangan nombor telifon mereka.
"wan, kalau wan Zainab & Tokki Salleh takde kat rumah macam mana?" Aku kerisauan. Pada masa yang sama amat berharap untuk bertemu mereka.
"dah kalau takde kita balik jelah..takde lah rezeki dia nak jumpa cucu dia nih.."
Setibanya kami di hadapan rumah mereka, kelihatan pintu pagar terbuka seluas-luasnya. Namun tiada satu ketul kereta pun kelihatan. Pintu rumah juga terbuka dengan luas dan kelihatan TV rancangan National Geographic sedang bersiaran.
"Assalamualaikum.."
seorang wanita tua yang berusia 70-an muncul sambil memakai tudung. Mata kami bertentangan dan dia berkerut buat seketika.
"wan sihat?" aku hanya tersenyum.
"Ya Allah, sarah! lama kita tak jumpa.." kami saling berpelukan. Aku mencium pipinya.
"Patutlah dua tiga hari ni ansyik teringatkan sarah.." katanya sambil tersenyum. Jelas kelihatan kegembiraan di wajahnya. Wan Zainab mempelawa kami duduk di sofa. Tidak sampai beberapa minit kemudian, muncul seorang lelaki tua yang tidak berbaju. Aku yakin, itulah Tokki Salleh. Ternyata dia juga tidak menduga kedatangan kami. Aku bersalaman dengannya. Tokki Salleh lantas memelukku erat. Tanganku menyentuh lehernya dan mencium kedua pipinya. Aku berasa begitu selesa dalam dakapannya. Entah kenapa, hatiku amat merinduinya.
" Rasa macam mimpi..." Ki merenung anak mataku sambil tersenyum.
Ternyata benar kata wan, Tokki Salleh amat menyayangiku. Ki sememangnya dah lama teringin anak perempuan. Tetapi rezeki mereka hanya dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Ayah dan Pak Su. Manakala aku adalah cucu sulong 'perempuan' mereka.
Tokki Salleh dan aku duduk bersebelahan di sofa. Tok Ki mengambil tanganku dan mengenggamnya dengan erat.
"Besar panjang dah cucu Ki...dulu selalu tidur dengan Ki..."
"Sekarang buat apa?"
" Sarah baru habis SPM..takde buat apa-apa sekarang. Tapi InsyaAllah bulan 9 ni sarah nak pergi sambung belajar medic kat Mesir dah.. Wan dengan Ki doakanlah sarah ni..doa atok dan nenek belah ayah Allah makbulkan.."
"tak pernah lupa Sarah. Setiap hari Ki doakan kebahagiaan sarah..biar jadi orang bertuah..biar berjaya dunia dan akhirat.." katanya sambil merenung mataku. Masih menggengam erat tanganku.Aku terharu. Lembut tuturnya persis ayah kata nenekku.
Sarah sayangkan Ki..
Sarah rindu nak tengok bulan sama-sama dengan Ki macam dulu...
Kemudian, kami menuju ke dapur untuk minum kopi dan sambung berbual. Oleh kerana aku tidak pernah melihat ayah, lalu aku meminta untuk melihat ayah di photo album. Wan Zainab mengeluarkan lima buah album. Banyak gambar aku bersama Tokki dan wan Zainab di dalamnya. Aku membelek satu persatu dan masih tercari-cari gambar ayah.
Akhirnya, aku ternampak gambar ayah zaman muda-muda dulu. Gambar ayah dan ummi sedang menikmati ice-cream di dalam kereta. Ada juga gambar ayah ketika beliau belajar di Jepun. Handsome..
Masa berlalu begitu pantas..Pertemuan kami sudah berakhir untuk hari ini. Wan Zainab dan Tokki Salleh masih diam terkaku di sofa manakala kami sudah berdiri di depan pintu. Entah bila pula kami dapat bertemu lagi. Esok? Lusa? atau berbelas tahun lagi? Kami bersalaman dan berpelukan buat kali terakhir. Mereka memberikanku sejumlah wang yang agak tebal. Aku rasa bersalah disitu.
Kirim salam kat Ayah......
Aku melambai-lambai mereka dari tingkap kereta. Mata mereka jelas terpapar kesayuan yang tidak dapat ku tafsirkan. Hatiku menjadi sedih..
Sarah rindu sangat..
Sarah sayang..
Sarah minta maaf. ..
Ya Allah, hanya engkau yang memahami perasaan ini..Aku amat menyayangi mereka..aku berharap sangat dapat bertemu mereka lagi. Ya Allah, panjangkanlah umur mereka..murahkanlah rezeki mereka..pertemukanlah kami lagi..

Comments
InsyaAllah suatu hari nanti ~
InsyaZallah Allah tahu apa yang terbaik :D
Ayah tu tetap ayah. Tanpa dia mungkin Sarah x wujud kat dunia nih. Kalau semua benda ni x berlaku mungkin sarah x kan dapat jd diri sarah yg sekarang ni.. :)
Takpe kak..insyaAllah she's waiting for you in jannah :)♥