Bismillahirrahmanirrahim . Disini ingin saya coretkan sedikit memori tentang JDK(Jangan Dok Kalut) 2013, Zon Tengah punya pada minggu ketiga (terakhir)..
8 Feb 2013
Pagi ini bermulanya Modul Kecergasan Fizikal dan Rekreasi selama dua hari. Kami bertolak ke Hulu Perdik,Hulu Langat pada pukul 7.30pagi dan tiba setelah 2 jam perjalanan. Taklimat intro dan seterusnya pasang khemah macam biasa. Kami telah dibahagikan kepada 8 kumpulan ( 4 putera + 4 puteri ). Saya dapat kumpulan 4 yang dianggotai oleh Siti Sarah(ketua), Sarah(Me), Aunie , Masturah , Nadhirah , Ameera , Cida dan Raihan. Oleh kerana kesuntukan masa, kami hanya akan berada disini selama 2 hari 1 malam sahaja. Ketua Juruletih(hoho) kami ialah Abang Shahrul manakala pengulu/wati kita ialah Taufik (dari SMIK) dan Athirah Sahira (dr KISAS). Petangnya ada slot 'kecergasan menyeluruh' dan macam biasa, malamnya akan ada KATIBAH. Giliran kumpulan 4 untuk katibah adalah pukul 4.30 pagi sampai pukul 6. Sementara menanti Katibah, kami tidur dulu & Kak Iman pun join tidur dalam khemah kami :)
9 Feb 2013
Tepat jam 4.25pagi , dua das bom meletus beriringan dengan bunyi wisel yang bertubi-tubi.Mataku terbeliak kerana terkejut gila nak mampus :O haha, yelatuh! Dahla kawasan kami berdekatan dengan tempat tentera2 ganas beraksi ganas. Sangatlah menyeramkan =..= Bunyi2 itu merupakan alarm untuk kami berkumpul dan memulakan aktiviti night walk.Konklusinya, kumpulan kami je yang tak sempat nak KATIBAH. Haha! rezeki2 :D So, kami teruskan night walk sambil tutup mata pakai kain dan berpegangan tangan.Ohh dan Kedudukan saya adalah second last! buat risau je kalau ada momok kejar kat belakang. hoho. Pagi2 buta dah kena celup kaki dalam air sungai memang beku gile lah kaki2 kami. Setiapkali saya nak tergolek atau tersadung batu atau kayu, Nadhirah (org depan) dan Masturah(org belakangku) akan sedia membantu. Disitu saya faham bahawa kehidupan ini memerlukan pegangan yang kukuh (Islam) dan juga sokongan padu (berjamaah) agar ia dapat mem'bangkitkan' kita apabila kita ter'jatuh'. Kalau tak, terkapai-kapai lah saya selamanya dalam kegelapan itu.
 |
masak time! :3
|
Setelah tamat aktiviti itu, kami solat subuh berjamaah dan makan sarapan special iaitu roti sardin salut telur ( buat sendiri ok ).fancy pulak kumpulan kami padahal orang lain makan simple-simple je.Pastu kami kena bungkus2 segala peralatan & Khemah untuk sesi seterusnya. JUNGLE TREKKING macam biasa tapi kali ni agak berbezalah juga.Mengapa? sebab kali ni kami telah 'dilepaskan' untuk berdikari sendiri cari checkpoint berpandukan arah kompas sahaja. Kali ni juga kami kena angkut beg khemah yang berat shadid tu naik gunung sekali sebab abang Shahrul saja nak bagi kami rasa hakikat sebenar orang2 jungle trekking adalah dengan membawa segala bekalan untuk persediaan menghadapi kecemasan.Kami mendaki gunung tu hampir 2 jam kot! -.-' Memang kesian sangat kat kawan2ku yang jadi mangsa pacat2 tu. Ada yang kena 17 gigitan pacat. Ada yang tak kena langsung dan aku hanya kena isap dengan seekor pacat je.Thanks for the memori ye wahai pacat! :P So, setelah rasa nak pitam panjat gunung tu..AKHIRNYA! kelihatan air terjun di depan mata kami. Wah! kami pun bermandi-manda lah disitu. Saya join orang-orang yang tengah buat 'urutan' semulajadi by air terjun. lulss. Sesambil tu saya minum air yang jernih lagi suci tu. Subhanallah! memang nikmat sangat.
10 Feb 2013
Alhamdullilah harini takde apa2 slot bersempena dengan Cuti Raya Cina. Tapi harini ada kenduri kahwin kak 'Izzah dan Ustaz Azizan. Semua peserta JDK telah diamanahkan untuk buat 'catering' dalam majlis itu. Sahibah (girls) telah ditugaskan untuk menjadi penyambut tetamu, pencedok nasi dan penghidang dessert manakala sahabat(boys) kena cuci pinggan , gelas , kemas meja dan sebagainya.Saya bersama 2 orang lagi rakan iaitu Fasihah dan Sakinah telah ditugaskan untuk jadi penghidang dessert(rojak , bubur kacang , ice-cendol) pada sesi petang (2pm-4.30ptg). HAHAHA! memang penat gila lah saya dan fasihah keluar masuk dewan untuk ambil order2 para tetamu. Tetapi rupa-rupanya penat itu hanyalah sementara manakala pahala yang kita dapat akan berkekalan andai diniatkan dengan betul. Mudah-mudahan dessert yang kami hidangkan itu dapat mengenyangkan orang agar mereka dapat beribadah kepada ALLAH dengan penuh kebahagiaan :)
-Malamnya ada sesi SHARING MOMENT, harini juga ada pendakwah kristian datang.
 |
| Semoga hubungan yg suci ini berkekalan hingga ke syurga. Selamat membina generasi harapan :) |
 |
| Dessert Girls. sape nak Order? Hohoho :D |
11 Feb 2013
Ada Slot bersama KTD (Kolej Darul Naim). Pada paginya, kami main explorace ala2 'running man' cuma namanya ditukar kepada 'running to KTD' . Haha, fancy kan? Agak penatlah juga berlari-lari sana sini sampai terkeluar dari Kem Bumi Jati tapi ia sangat daebak! rasa rindu nak tengok running man :P Oh dan TAHNIAH diucapkan kepada peserta JDK zon Tengah kerana telah berjaya menjadi juara 'running to KTD' versus (zon timur+ zon utara). Hehe.. sebab kami hanya mengambil 1 jam setengah untuk tamatkan game ini. Btw,Sesiapa yang nak masuk KTD. Tahniah dan goodluck! :)
 |
| Checkpoint second last RUNNING TO KTD. |
12 Feb 2013
Harini ada Kursus Pengurusan Jenazah. Shasha kena jadi model mayat.
13 Feb 2013
 |
| kanak-kanak ribena suci dari segala noda :) |
Kem Anak Soleh telah diadakan di Masjid An-Naim dan seramai 73 kanak-kanak berumur (4-12thn) telah menyertai kem ini. Target 200 orang tapi ramai budak tak dapat hadir kerana hari sekolah. Secara sukarelanya, peserta JDK telah menjadi akak2 fesi yang comel dan abang2 fesi yang berkaliberz. Hoho! Program bermula dari jam 8 hingga 12.30ptg. Seronok sangat dapat join mereka punya slot(s), ajar mereka solat dhuha, tasmik doa2 harian mereka dsb. teringat pula kat adik2 ku dirumah. Apelah dieorg tengah buat. Oh dan harini saya dapat makan ice-cream chocolate (beli kat kedai runcit depan masjid) setelah 3 minggu tak jumpa ice-cream! YA ALLAH! happy tahap max! :)
Setelah tamatnya kem itu, maka bermulalah slot Asas2 Kewanitaan under HALUANITA. Aktiviti para gadis sunti JDK 2013 setelah selesai solat zohor ialah "Seindah Mawar Berduri" aka "Muslimah Fashion Show". Setiap kumpulan akan dapat satu soalan dan kami dikehendaki memilih seorang model untuk 'catwalk' atas pentas. HAHAHA! ada 4 orang model dan kumpulan kami (Khaulah Al-Azwar) telah memilih Aunie untuk jadi model. Saya jadi tukang make-up sikit-sikit tapi hasilnya macam sama je. Tak make-up pun muka Aunie tu dah macam 'doll' dah. cantik sangat. MashaALLAH! Lagipun seorang muslimah sejati tak sepatutnya berhias lebih-lebih kan? nanti tabarujj pula.So,para juri akan menjudge models sama ada pakaian yang digayakan menepati syara' atau tidak. Overall, Harini sangat gempaks! :D
 |
| the bajus. |
 |
| Kumpulan Khaulah Al-Azwar with their model : AUNIE Chan yang pakai beg galas tu :) |
 |
| Deena nak pergi interview :) |
 |
| Tuan Nur Aqilah nak pergi Dinner :) |
 |
| Tak kenal sape. Pengantin dari JDK Zon Utara! :D |
 |
| Models dari Zon Utara! :D |
Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
konklusi: JOM jadi wanita solehah :)
14 Feb 2013
Harini Sahibah (girls) ada slot 'HIKMAH KEMBARA' bersama HALUANITA manakala sahabat (boys) kena pergi berkhidmat untuk membersihkan kubur di Jalan Kebun. So, paginya sahibah telah didedahkan dengan 'FIQH WANITA' secara lebih mendalam.
 |
| lagu simfoni remaja. |
 |
| tulisan sapentah :P |
Seterusnya kami main explorace yang terdiri dari 6 checkpoint. Ada checkpoint "terimalah solatku" , "Tayammum", "Kotak Hikmat" dll.
 |
| Aksi menghafal Hadith . |
Setelah selesai solat zohor, kami semua (sahibah+sahabat) ada slot Sammil Khiyat iaitu aktiviti 'menjahit'. Hohoho! Seronoklah juga walaupun agak menguji kesabaran :)
 |
| Jahitan sapentah . |
Petangnya ada sesi memasak pula. huhuhu :3
 |
| sedap sangat mee kungfu kteorg. rugi tak rasa :P |
 |
| bahan-bahannya. |
 |
| Shasha jadi model jap. |
 |
| TADA! Habis daaa~ ^_^ |
15 Feb 2013
Oh, tak sangka hari ini merupakan hari terakhir kami di kem JDK. Sedih sangat :(
Pagini, kami ada aktiviti ziarah menziarahi masyarakat.Ada 10 orang wakil puteri JDK telah pergi melawat Rumah Perlindungan atau 'Raudhatus Sakinah'.
 |
| kemaskan baju di Raudatus Sakinah. Baju orang sedeqah. |
 |
salah sorang baby yang ibunya baru berumur 18 tahun (sebaya kami).
Kat sini ada 8 orang baby comel-comel tau :3 |
Manakala kumpulan kami = Nadhirah , Masturah , Saya , Maryam dan Aunie telah diteman oleh Kak Azkia (Fasi) untuk melawat rumah ayah Aunie. Pada bulan Ogos 2012, Ayah Aunie pernah koma selama 41 hari akibat terjatuh dari atap ketika sedang membaiki paip yang bocor. 5 dari 7 tulang di cervical vertebraenya patah mengakibatkan beliau lumpuh dan hanya mampu bergerak dengan bantuan kerusi roda dan tongkat. Pagi-pagi lagi kami dah disirami air mata apabila Pak Cik Adam menceritakan 'perasaan'nya apabila diberi ujian sedemikian rupa. Dahla saya memang sangat sensitif melihat orang menangis. Lagi-lagi apabila orang itu bergelar 'ayah' atau 'ibu'. Pak Cik ni sedih sebab beliau sudah tidak mampu lagi untuk bersujud ketika solat seperti teman-temannya yang lain. Jadi, nasihat beliau : Syukurilah nikmat kesihatan yang Allah beri pada kita. Sebab? walau sekaya mana pun seseorang itu, dia tidak akan mampu untuk membeli 'kesihatan' di kedai. Beli ubat boleh la. Itupun kesembuhan hanya boleh terjadi dengan izin ALLAH, pemilik diri kita ni.

Petangnya, sahibah ada buat persembahan. Rindu nak nasyid kat depan :)
Pada malamnya pula, ada BBQ dan Persembahan penutup oleh sahabat(boys). Gelak banyak sebab mereka sangat lucu dan menggelikan hati. Nangis pun ada masa dengar sajak tu. Malam yang penuh emosi kan? Hati rasa sayu sangat nak tinggalkan JDK ni. Kami semua dah rasa macam satu keluarga dah. Tapi apakan daya, 'setiap pertemuan itu pasti ada perpisahannya' dan beruntunglah bagi mereka yang bertemu dan berpisah kerana ALLAH.Semoga Ukhuwwah yang terjalin akan terus berkekalan selamanya. Sayang kalian kerana Allah :)
16 Feb 2013
Gotong-royong dan Majlis penutup JDK Zon Tengah 2013.
 |
| sahibah with sijils ^_^ |
 |
| sahabat with macho styles x) |
Semoga Keharuman Ukhwwah ini akan terus mewangi.
Dihiasi dengan kesabaran, keredhaan dan keikhlasan dalam bersahabat.
walaupun berjauhan asalkan dekat di dalam hati.
dan ingatlah sahabatku..
perjalanan dakwah itu tiada penghujungnya..
kita bukan pemula
kita bukan juga penghujungnya
kita hanyalah penyambung perjuangan ini..
maka jangan hentikan perjalanan ini.
Mohonlah kepada yang Maha Menolong,
Agar kita sentiasa teguh dan istiqamah di jalan ini..
Amiin..
Seinfiniti penghargaan buat mereka yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.Kak Amnani dan Abang Saiful Islam, terima kasih kerana sudi melayan karenah kami dari hari pertama sehingga hari terakhir. Hanya Allah yang mampu membalas jasa-jasa mereka :)
Comments