AKHIRNYA TERBONGKAR!!

بسم الله الرحمن الرحيم
Wasiat Palsu!!!!PALSU!!!!PALSU!!!!PALSU!!!!PALSU!!!!FAKE!!!! FAKE!!!!
( huh?? ) -.-'
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh~ ;D
Harini aku pergi ke sekolah seperti biasa dan tiba tiba time waktu BM , cikgu suruh pergi ke perpustakaan . So, aku terbacalah satu buku ni . BUKU YANG TELAH MENYEDARKAN AKU . Okay, korang mesti pernah dapat msg atau e-mail tentang wasiat Shiekh Ahmad iaitu penjaga makam rasulAllah kononya.Hemm x tahulah korang pernah dapat ke x..tapi just in case kalau dapat chain letter ni..jangan dilayan.Berdasarkan apa yang aku TERbaca kat library tadi...Wasiat ini sebenarnya telah ditulis oleh seorang paderi time zaman 1970-an tapi wasiat ni dh berjaya tersebar sampai ke negara2 islam & termasuklah Malaysia :( Hmm.. dan lepas tu buku tu kata kalau kita forwardkan, ia dikira sebagai syirik.. :'( Ya Allah apa aku dah buat ni?!! dan kalau kita fikir logic pon macam tak masuk akal je wasiat ni!! ADA KE KALAU TAK FORWARDKAN NANTI DITIMPA MUSIBAH??
OKAY, DALAM ISLAM TIADA PAKSAAN!! cukuplah Al-quran dan as-sunnah itu sebagai pedoman hidup kita :) so kalau korang dapat surat2 yg merepek camni .. jangan la jd bodoh macam saya . YA HARAP MAKLUM :)

---------------------------------------------


BERITA DIBAWAH ADALAH BENAR!!!!!! (tipux10000000)
......
bace sampai habis....pastu fowardkn plz.....(JANGAN FORWARDKAN)
ni adalah benar...(TIPU) sila baca sehingga habis... dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh...(JGN SEBARKAN)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ini adalah surat wasiat dari penjaga makam
Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad
Maeine (Saudi Arabia).
pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di
makam Rasulullah SAW.
selepas membaca lalu
hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi
didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada
hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal
dunia di zaman ini tiada seorang pun yang
matinya dalam keadaan beriman.
(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat
kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu
menyedarkan kepada orang Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana hari
penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana
bintang akan terbit dari langit, sesudah itu
matahari akan turun di atas kepala.
PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita
Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara
Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila
berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu
bapa.
UNTUK MAKLUMAN
1.
seorang saudagar dari bombay telah
menerima surat ini dan beliau telah mencatak
sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada
orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah
dengan mendapat keuntungan yang besar
dalam perniagaannya.
2.
seorang hamba Allah telah menerima surat
ini tetapi tidak mengendahkannya dan
menganggap wasiat ini palsu, maka selang
beberapa hari kemudian anaknya meninggal
dunia.
3.
Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas
Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini
kemudian mengarahkan setiausahanya
mencetak sebanyak 20 salinan dan
menghantarnya kepada orang lain, maka
selang beberapa hari kemudian dia telah
mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di
malaysia timur.
4.
tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar
perak secara tidak langsung dipecat dari
jawatannya kerana apabila beliau menerima
wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan
untuk disebarkan kepada orang lain tetapi
beliau telah menyedari kesilapannya lalu
beliau mencetak semula wasiat ini dan
mengirimkannya kepada orang lain, beberapa
hari kemudian beliau telah dilantik menteri
Kabinet Perdana Menteri.
5.
Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat
wasiat ini dan tidak percaya akan
kebenarannya juga menganggap palsu lalu
membuangnya ke dalam tong sampah.
seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan
hukuman pancung sampai mati.
6.
di Terengganu, seorang pekerja bengkel
kenderaan telah menerima wasiat ini dari
pengirim yang tidak dikenali yang datangnya
dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20
salinan seperti yang dituntut.
Alhamdulillah dia
dianugerahkan oleh Allah seorang gadis
berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh
Islam.
baginya anugerah ini paling agung dan
tidak ada tandingannya.
7.
Di Terengganu juga, seorang hamba Allah
telah menerima surat ini dari orang yang tidak
dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya
dengan mengatakan ianya bohong belaka dan
sengaja mengada-adakan untuk menakutkan
orang yang membacanya.
Beberapa hari
kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil
dan penderitaanya amat menyedihkan.
setelah
tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital,
penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor.
Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan
mengedarkannya kepada orang lain.
Semingu
kemudian barulah beliau beransur sembuh
sehingga sekarang.
Banyak lagi contoh-contoh orang yang
menerima wasiat ini tetapi tidak
mempercayainya dan tidak mengedarkannya
atau menyampaikan kepada orang lain.
dimana
mereka mendapat malapetaka.
setelah
kejadian yang menggembirakan dan
menyakinkan ini anda jangan lupa
menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa
96 jam dari masa anda menerimanya.
InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu
dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. INSYAALLAH.
PERHATIAN
setelah
membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda
orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan
dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.
kata
sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah
hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan
syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau
dicetak dan disampaikan kepada orang lain.
insyaAllah
dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan
ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan
TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM.... SEBAR KAN 20 org islam

----------------
Untuk pengetahuan korang, Sheikh Ahmad kononnya penjaga makan rasulALLAH tu sebenarnya tak pernah wujud pun.. tak ada seorang pun orang2 kat madinah kenal ngan org bernama Sheikh Ahmad sebagai penjaga makam rasulALLAH~

P/S: Hmmm..lama dah aku tak update blog..bukan setakat dah bersarang~ malahan sudah berkulat -____________-


Farewella~ Byebye .. Wasalam :)

Comments

Anonymous said…
betul ka ni? :[
Anonymous said…
huhhh lega btul...seb bek x forwardkn
Alhamdullilah~
kita x pernah lagi dapat surat mcm ni :)
Myra cute said…
surat pe ni? tak pernah baca pn.
chain letter canni jgn layan.