PKT 2010.



بسم الله الرحمن الرحيم

PADA jumaat yang lepas, sekolah telah menyambut hari murabbi. On the same day, form 2 and form 3 ade perkhemahan iaitu PKT sejurus selepas hari murabbi tamat. Bas tiba lebih kurang jam 3 petang. Kami berangkat jam 4 lebih entahla aku pun x tahu kenapa lambat sangat bas tu ambil masa nak bertolak. -,- perjalanan mengambil masa selama 2 jam lebih kurang dan kami tiba pukul 6 nak dekat maghrib. Setibanya kami disana, cuaca menyambut kedatangan kami dengan tak baik..HUJAN !-,- dah la x solat asar lagi. toilet mampat, ingatkan nak guna toilet lelaki sekali memandangkan lelaki tak ade.Tapi ada orang awam iaitu perempuan yang masuk dlam toilet lelaki tu untuk memuaskan kehendak nafsunya..menghisap rokok!! haish..orang nak ambil wuduk, dia nak isap rokok!! terpaksalah kami bersabar, baru tiba dah ada dugaan menimpa.Seusai menunaikan solat fardu asar, kami diarahkan untuk pergi ke campsite utk membina khemah . Buat pertama kalinya dlam hidup aku lalui khemah banin berada dekat sangaaat dgn tapak perkhemahan banat.Kali ini, banat telah dibahagikan kepada tiga kumpulah iaitu company A, company C dan sebuah kumpulah yang terdiri daripada ahli-ahli kadet berpangkat.Banin pula ada lima kumpulan tak silap aku.malam pertama, kami solat maghrib kat surau dan mendengar sedikit pengisian rohani yang disampaikan oleh muallim Abdurrahman.

-Kak Ili Nadihrah, Kak Mardhiyyah Zul, Kak Oya, Kak Fana wafa' antara orangorang yang banyak berjasa dalam menjayakan PKT FORM3 tahun ni.


--------
Seterusnya, kami diarahkan untuk berkumpul di sebuah dewan mini (hehe) untuk memaparkan bendera dan menerangkan moto dll. Kumpulan aku iaitu company A yang terdiri daripada aku, k.yem, haysa, nadiah , k.sarah,syafiqah,k.ili,ola,aina,dayah,tenten..uh sape lagi? harap tiada yang tertinggal dalam list (: dan ketua kami ialah Hidayah Ismail.
kami ialah kumpulah banat yang pertama menjejak kaki ke pentas untuk memaparkan bendera kami..markah yang akhirnya kami peroleh untuk bendera ialah 64.349 lebih kurang.
-------


Aktiviti malam yang semua nantikan..bermula dengan perjalanan kami harus lalui di sepanjang kaki jalan raya yang mungkin mencecah dalam 4 kilometer kut..walaupun malam itu udaranya segar dan sejuk, aku tetap berpeluh disana-sini. sampai di sebuah lokasi , hehe disini ramai orang ambil kesempatan untuk tido..termasuk aku :D
lama sungguh nak tunggu giliran untuk meredah hutan..company A & kumpulan kadet berpangkat bernaseb baik kerana akhirnya tiba di penguhujungnya.Namun, company C yang diketuai oleh iman abdullah TELAH SESAT.Rupa2nya mereka naik balik kat jalan raya pastu jalan balik atas jalan raya tadi menuju ke tapak kem. bijak!
-------
tiba di tapak perkhemahan pada jam 4.30 pagi, oleh kerana aku mengantuk so aku tertido dlam khemah. Dah niat nak qiam, tapi dah tertido nak buat macammana?
aku bangun dan solat subuh jamae' bersama banin sekali di atas tikar.
dan pagi ni banat telah didenda oleh kak Ili Nadhirah kerana ayam kami hilang -,-
siksa betul kena denda. Nasib kami baik sebab muallimah Haslin tolong belikan ayam baru untuk kami. Malangnya kami kena bayar balik pakai duit sendiri; dipendekkan cerita, aku pergi ikut kawan2 masuk hutan carik buloh & kayu api untuk masak.
Kami masak nasi dalam buluh. lepastu aku pergi tolong orang sembelih ayam, ayam kumpulan aku telah disembelih oleh k.yem manakala company C , asyiqin Zaidan yang sembelih (: aku pernah sembelih time aku form 1 dulu, malangnya kepala ayam tu tercabut so aku taknak perkara sama berulang. Apa yang menyeronokkkan ialah ketika aku diberi peluang untuk memecahkan ribs ayam tersebut dan mencabut segala organ-organ dalaman ayam ! seronok sangat rasa, padan muka ayam! aku nak makan kau! hehehehe~
----------
aktiviti seterusnya , membina rakit pakai buloh. Bila rakit kami dah siap, kak ili mengadakan pertandingan berkayak atas air tasik. Kumpulan yang mendapat tempat pertama akan dapat mandi sungai FIRST.kumpulan yang kedua akan dapat mandi sungai SECOND. kumpulan yang kalah tak dapat mandi sungai dan kena masak ayam yang belum sempat dimasak tadi. Alhamdullilah company A dapat meraih JUARA. namun, hujan tiba-tiba turun. So, kak ili suruh semua banat bergabung tenaga untuk buat sebuah rakit baru memandangkan rakit-rakit kami buat tadi dah hancur terburai . Hari ni banat tak dapat mandi sungai pon ): sebab hujankan bahaya la pulak..
-----------
malam tu, kami solat maghrib kat surau dan kali ni muallim zuraidi yang bagi tazkirah. Sedaya upaya aku menahan untuk tidak tido..tapi apakan daya, badan penat aku tersengguk-sengguk sana sini .Dayah tak habis memukul2 aku . Tapi lepas pukul aku tido balik..Ya Allah, kessian muallim. aku ni hina! malam itu, kak ili marah kat banat sebab tido..percaya atau tidak, semua banat tido kecuali 4 orang sahaja. SO, kak ili tanya " korang nak apa sebenarnya?" kami menjawab tanpa segan silu "kami nak berehat!"..ouh, yang bestnya kak ili kasi kami rehat (tido) sebentar..
-----------

Terjaganya kami pada pukul 11 kerana terdengar jeritan kak mar zul.Malam tu, kak mar garang semacam. Terkejut kami, setahu kami kak mar orangnya lemah lembut dan suka senyum dan baik hati..tiba-tiba dia marah, kecut kami..lagi-lagi part dia kata nak tampar tuh..serius macam dia nak tampar betul2.die rendam kami dalam sungai tengah2 malam buta..sejuk syadid!malam tu, banat dan banin berkumpul dan kami meneruskan perjalanan aktiviti seterusnya iaitu jungle trekking malam2 buta. lebih kurang 2-3 jam kami dalam hutan tuh. Habis pacat2 segalanya gigit kami ): kami kumpulan yang kedua berangkat, so kami kumpulan kedua tiba ke penghujung.First kumpulan banin.
bila sampai je,kak oya ( die ikut gak tadi ) pon adakan sesi muhasabah kumpulan company A. Selepas habis muhasabah, kami ternampak banin sedang tido dengan nikmatnya so, kami pon carik port best untuk tido juga sementara nak tunggu kumpulan lain tiba. Last2, kami tido atas batu .
----------
lepas tdo atas batu, aku ngan k.yem beralih menuju ke pintu sebuah rumah mini (hehehe) untuk sambung tido dlm keadaan duduk. Hasya ajak aku tido dalam khemah, tapi aku malaz so, aku sambung tido ngan k.yem kat pintu tuh.
solat subuh dengan berimamkan aisyah abidah.
selepas itu kami ada sesi 'confession' abende ntah . yang pasti dalam sesi tu, setiap orang diwajibkan menulis satu kebaikan dan keburukan setiap ahli kumpulannya dalam satu kertas kecil . Tiba2 kak mar panggil kami utk berkumpul, kami dapat mandi sungai dan pada masa yang sama kena hafal hadith bagi sape yang belom hafal & kena sambung goreng ayam dan telan semua ayam tuh dalam perut sebelum pukul 11.15 pagi.
----------
Sebelum pulang, kami dikerah untuk berkumpul disebuah tempat strategik utk menerima denda yang bestbest. Kalau hendak dikatakan betapa banyaknya denda yang kami terima time PKT tahun ni, seolah-olah aktiviti UTAMANYA ialah 'denda'.. denda sebagai pembuka PKT, dan PKT FORM 3 2010 juga berakhir dengan denda. selesai didenda, kami pon sempat lagi berpozing dgn fesi-fesi dan kak ili (:
- berangkat dan tido dalam bas dan sedar2 dah sampai depan musolla-
--------
Secara jujurnya, walaupun PKT kali ni penuh dengan denda dan macam2. Aku dapat merasakan PKT 2010 telah banyak memberi pengajaran kepadaku untuk menjadi insan yang lebih berdisiplin dan amanah juga menepati masa (better humanbeing). Walau sepahit mana PKT 2010, aku tetap akan menjadikannya sebuah kenangan yang terindah dan termanis bersama teman-teman yang ku sayangi FOREVERRR~!

Comments

Anonymous said…
smart cite...hmmmm
Anonymous said…
rindunye nak pkt dgn ktorg ;'(
Anonymous said…
-kinah-