Aku Bersyukur,
oh, setelah aku baca ! aku mengerti, akulah salah seorang hamba ALLAH yg istimewa kerana telah ditakdirkan menjadi seorang wanita.
Cume, wanita solehah atau sebaliknya itu ditanganku; dan
Allah dah kasi banyak sgt peluang dkat kaum hawa utk mendapat segala kesenangan utk menujuNya.
Aku mmg patut bersyukur jdi Perempuan & aku juga mmg patut takut sbab jadi perempuan akhir zaman krn sepertimana yg korang maklum
"ramai perempuan akhir zaman masuk neraka" - pikir2lah sendiri :P
antara kelebihan yang ada pada wanita tiada pada insan bergelar 'LELAKI' ialah:
Ketahuilah, walaupun lelaki menerima pusaka lebih berbanding wanita, tapi lelaki wajib menggunakan hartanya untuk menyara isteri seorang wanita…
Ketahuilah, setiap kali wanita beranak.., setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan anak di kira mati syahid dan dosanya diampun ALLAH sehingga ia seperti bayi yang baru dilahirkan…
Ketahuilah, Di akhirat kelak, seorang lelaki belum tentu masuk shurga sekiranya gagal menunaikan tanggungjawabnya terhadap 4 wanita iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Ketahuilah, isteri yang solehah, akan masuk shurga 500 tahun lebih awal dari suami, sedang suami masih berada di bawah arasy..
Ketahuilah, Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 2 syarat sahaja: Suami redha dan Allah redha..
Ketahuilah, lelaki dalam shurga, akan datang beramai-ramai pergi ziarah Allah yang merupakan kemuncak nikmat, tapi wanita, Allah sendiri yang akan datang menziarahinya..*sobs,besarnya nikmat ini.hatiku tersentuh;
Ketahuilah, Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. SubhanAllah... sayangnya ALLAH pada wanita ....
Comments